MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

BANTUAN GERAN JEPUN UNTUK PROGRAM PEMBANGUNAN EKONOMI DAN SOSIAL 2020

9 Jun 2022 - YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan Malaysia telah menerima sumbangan daripada Tuan Takahashi Katsuhiko, Duta Jepun dalam bentuk Bantuan Geran Jepun untuk Program Pembangunan Ekonomi dan Sosial 2020 di Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah.

Jumlah bantuan adalah sebanyak ¥500 juta, bersamaan kira-kira RM19.3 juta yang diuruskan oleh Japan International Cooperation System (JICS) bagi membekalkan peralatan perubatan kritikial yang diperlukan untuk melengkapkan perkhidmatan hospital bagi merawat pesakit COVID-19.

Sebanyak lima belas (15) jenis peralatan perubatan telah dipilih; jumlah keseluruhan item adalah sebanyak 248 unit. Lapan puluh satu (81) hospital di seluruh negara telah dipilih sebagai penerima. Tiga (3) jabatan utama yang paling banyak mendapat manfaat termasuk Jabatan Kecemasan & Trauma, yang bertindak sebagai ‘penjaga pintu’ ke hospital KKM, Jabatan Anestesiologi & Rawatan Rapi, yang merawat kes yang kritikal, dan Jabatan Radiologi dan Pengimejan Diagnostik yang merupakan salah satu perkhidmatan sokongan klinikal yang penting untuk semua jabatan di hospital.

Kerajaan Malaysia telah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan Jepun di atas sumbangan bantuan ini. Kerajaan Malaysia berharap agar lebih banyak kerjasama dan perkongsian strategik di antara kedua-dua negara dapat direalisasikan di masa akan datang demi kebaikan sistem kesihatan di negara ini dan kesejahteraan rakyat Malaysia.

Selepas selesai majlis penyerahan sumbangan, YB Khairy Jamaluddin turut mengambil kesempatan untuk melawat Field Hybrid Intensive Care (ICU) dan Jabatan Kecemasan & Trauma serta menyantuni warga kerja KKM di Hospital Sultanah Bahiyah tersebut.

Turut hadir bersama adalah YBhg. Dato’ Zamzuri, Timbalan Ketua Setiausaha Kewangan, YBhg. Dato’ Dr. Mohd Fikri, Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan, Dr. Othman bin Warijo, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, dan Dr. Zaiton Bt Udin, Pengarah Hospital Sultanah Bahiyah.

image image image

 


Kemaskini pada 2022-06-22 08:37:01 daripada UKK Ridzwani

  •  
  • Print
  • Email this page