MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

SESI PERJUMPAAN DUA HALA BERSAMA KERAJAAN BELANDA

13 Jun 2022 - YB Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali, Timbalan Menteri Kesihatan 1 telah menghadiri sesi perjumpaan dua hala  bersama dengan PYT Marjolijn Sonnema, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Kementerian Kebajikan Kesihatan dan Sokongan, Kerajaan Belanda.

Antara perkara yang dibincangkan adalah cadangan kolaborasi baharu dalam ujian klinikal, penyelidikan, medicinal cannabis dan kesihatan digital. Selain itu, turut dibincangkan adalah inisiatif yang dilaksanakan dalam menangani penyakit tidak berjangkit (NCD) antara kedua-dua negara.

Turut hadir, YBhg. Datuk Dr. Kalaiarasu M. Peariasamy, Pengarah Institut Penyelidikan Klinikal (ICR), YBrs. Dr. Fazilah Shaik Allaudin, Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Perancangan, YBrs. Dr. Feisul Idzwan Mustapha, Timbalan Pengarah (Penyakit tidak berjangkit), Bahagian Kawalan Penyakit, Puan Rosilawati binti Ahmad, Timbalan Pengarah, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), YBrs. Dr.  Juliana Sharmini Paul a/p A-Paul, Timbalan Pengarah (Kesihatan Antarabangsa), Bahagian Perkembangan Kesihatan Awam, YBrs. Dr. Masita Arip, Ketua Pusat Penyelidikan Alergi dan Imunologi, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) YBrs. Dr. Ami Fazlin binti Syed Mohamed, Ketua Pusat Penyelidikan Perubatan Herba, Institut Penyelidikan Perubatan, Encik Mohd Farid Mohd Arif, Setiausaha Bahagian Dasar Dan Hubungan Antarabangsa, KKM dan Dr. Ainul Nadziha Mohd Hanapiah, Timbalan Setiausaha Bahagian (Antarabangsa), Bahagian Dasar Dan Hubungan Antarabangsa, KKM.

Manakala delegasi dari Belanda dihadiri oleh Puan Anja Oest, Penasihat Hubungan Antarabangsa Kementerian Kebajikan Kesihatan dan Sokongan, Puan Eva Oskam, Charge De Affairs Kedutaan Besar Kerajaan Belanda dan Cik Gayathri Vythalingam, Penasihat Ekonomi Kedutaan Besar Kerajaan Belanda di Kuala Lumpur.

image image

 


Kemaskini pada 2022-06-23 01:05:31 daripada UKK Ridzwani

  •  
  • Print
  • Email this page