MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Konferens Kebangsaan Pembantu Perubatan 2022

14 Jun 2022 - YB Dato’ Dr. Haji Noor Azmi, Timbalan Menteri Kesihatan 1 telah merasmikan Konferens Kebangsaan Pembantu Perubatan 2022 yang bertemakan "Aspire and Inspire" di The Everly, Putrajaya.

Konferens yang bermula dari 13-15 Jun 2022 ini merupakan program anjuran Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia dengan kerjasama Cawangan Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan dan Kesatuan Kebangsaan Penolong Pegawai Perubatan Semenanjung Malaysia.

Konferens ini telah dihadiri oleh 500 peserta yang terdiri daripada Pembantu Perubatan dan Penolong Pegawai Perubatan daripada sektor awam dan swasta.

Dalam majlis berkenaan, YB Dato'  Dr.  Noor Azmi telah menyempurnakan acara pelancaran buku yang bertajuk "Unsung Heroes" yang merupakan coretan pengalaman Penolong Pegawai Perubatan yang terlibat dalam mengurus dan mengawal pandemik COVID-19 di KKM, agensi-agensi awam dan swasta di negara ini.

Dalam majlis ini juga, dua orang pelajar peringkat Sarjana Muda Sains Perubatan Kecemasan dari Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu Encik Wong Sii Rong dan Encik Muhammad Afif Nordin telah menerima Anugerah Kecemerlangan Pewaris Profesion Pembantu Perubatan 2022.

YB Dato' Dr.  Noor Azmi dan YBhg. Tan Sri Dato' Seri Dr.  Noor Hisham Abdullah turut melawat ke beberapa booth pameran yang disertai oleh beberapa buah syarikat penyediaan peralatan perubatan sebagai penutup majlis.

Turut hadir ialah Dr.  Mohd Azman Yaacob, Pengarah Bahagian Amalan Perubatan, Encik Zulhelmi Abdullah, Ketua Penolong Pegawai Perubatan, KKM, Tuan Hj. Mansor Fenner, Pengerusi Konferens Kebangsaan Pembantu Perubatan, KKM dan Tuan Hj. Mustafa Abd Majid, Presiden Persatuan Pembantu Perubatan, KKM.

 

image image image

 


Kemaskini pada 2022-06-23 17:29:07 daripada UKK Ridzwani

  •  
  • Print
  • Email this page