MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

SAMBUTAN MINGGU IMUNISASI KEBANGSAAN

16 Jun 2022 - YB Dato’ Dr. Haji Noor Azmi Bin Ghazali, Timbalan Menteri Kesihatan I telah merasmikan Sambutan Minggu Imunisasi Kebangsaan Tahun 2022 di Dewan Masyarakat Semporna, Sabah.

Selaras dengan tema Sambutan Minggu Imunisasi Peringkat Kebangsaan pada tahun ini iaitu “Perlindungan Sepanjang Hayat untuk Semua”, vaksin merupakan pencegahan kepada semua peringkat umur, iaitu dari peringkat kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas. Selain jangkitan COVID-19, terdapat penyakit berjangkit lain di dalam komuniti yang boleh dicegah dengan pengambilan vaksin termasuk penyakit campak (measles), polio, batuk kokol (pertussis), difteria dan kancing gigi (tetanus).

Untuk Program Imunisasi COVID-19 untuk kanak-kanak (PICKids) negeri Sabah setakat 8 Jun 2022, 77.1% penduduk dewasa berumur 18 tahun ke atas telah menerima dos primer lengkap manakala liputan bagi golongan remaja dan kanak-kanak berumur 5 hingga bawah 12 tahun yang telah menerima dos primer lengkap masing- masing adalah 75.2% dan 19.3%. Sementara itu 34% penduduk Sabah yang layak, telah menerima dos penggalak. Pencapaian PICK negeri Sabah boleh ditingkatkan lagi. Justeru penduduk Sabah yang layak diseur untuk untuk tampil beramai-ramai mendapatkan vaksin COVID-19.

Sempena Sambutan Minggu Imunisasi Kebangsaan Tahun 2022 ini, adalah diumumkan bahawa Program PICKids akan dibuka selama lima hari pada 20 hingga 24 Jun 2022 di seluruh negara. Pada tarikh tersebut, pemberian dos pertama untuk kanak-kanak berumur 5 tahun hingga 11 tahun akan diberikan secara percuma. Pemberian vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak ini akan dibuat secara walk-in di klinik kesihatan di setiap negeri.

Turut hadir bersama ialah YBhg. Datuk Zamzuri bin Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Kewangan, YBhg. Datuk Dr. Chong Chee Kiong, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Awam, YBhg. Datuk Dr. Norhayati binti Rusli, Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit,  YBhg. Datuk Dr. Rose Nani Mudin, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan YBhg. Dato’ Indera Dr. Sha’ari Bin Ngadiman, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

image image image

 


Kemaskini pada 2022-06-24 15:20:36 daripada MSBA

  •  
  • Print
  • Email this page