MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN I KE KLINIK KESIHATAN SEMPORNA

16 Jun 2022 - YB Dato’ Dr. Haji Noor Azmi Bin Ghazali, Timbalan Menteri Kesihatan I turut mengadakan lawatan kerja ke Klinik Kesihatan Semporna setelah merasmikan Sambutan Minggu Imunisasi Kebangsaan.

Lawatan bermula di Klinik Kesihatan Semporna dengan melawat ke farmasi, Klinik Ibu dan Anak, X-Ray, klinik pesakit luar, klinik pergigian dan juga wad kecemasan.

Dr. Noor Azmi mengambil kesempatan untuk menyantuni warga kerja KKM di Klinik Kesihatan Semporna. Dr. Noor Azmi amat menghargai pengorbangan dan jasa warga KKM demi menjaga mutu perkhidmatan Kesihatan yang berkualiti kepada rakyat lebih-lebih lagi di kawasan pendalaman.

Selain itu, Dr. Noor Azmi sempat meninjau dan juga mengikuti klinik bergerak di perairan Semporna.

Turut hadir bersama ialah YBhg. Datuk Zamzuri bin Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Kewangan, YBhg. Datuk Dr. Chong Chee Kiong, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Awam, YBhg. Datuk Dr. Norhayati binti Rusli, Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit,  YBhg. Datuk Dr. Rose Nani Mudin, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan YBhg. Dato’ Indera Dr. Sha’ari Bin Ngadiman, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

image image image

 


Kemaskini pada 2022-06-23 02:25:24 daripada UKK Ridzwani

  •  
  • Print
  • Email this page