MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Kenyataan Akhbar : Menteri : Isu Kebersihan Premis Makanan

 

Tajuk Kenyataan Akhbar Y.B. Menteri Kesihatan Malaysia : Isu Kebersihan Premis Makanan
Penerangan

KENYATAAN AKHBAR

MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

 

ISU KEBERSIHAN PREMIS MAKANAN

 Kementerian Kesihatan mengambil maklum laporan pelbagai media berhubung isu premis makanan yang tidak bersih kebelakangan ini.

Dalam hal ini, Kementerian Kesihatan menjalankan pemeriksaan rutin ke atas premis makanan. Bilangan pemeriksaan premis makanan terus meningkat daripada 92,597 pemeriksaan pada tahun 2008 kepada 132,528 pemeriksaan pada tahun 2012. Pada tahun 2012, 3,447 (2.6%) daripada 132,528  premis makanan yang diperiksa telah diarahkan tutup kerana didapati tidak mencapai tahap kebersihan yang ditetapkan. Sehingga Mei 2013, sebanyak 995 (2.2 %) daripada 44,860 premis makanan yang diperiksa telah diarahkan tutup atas sebab yang sama.

 

Kementerian Kesihatan sedang meningkatkan penguatkuasaan ke atas kebersihan premis makanan. Dalam usaha ini, operasi pemeriksaan dan penutupan premis makanan akan dijalankan di seluruh negara bermula pada 1 Julai 2013. Premis makanan yang tidak mematuhi elemen penting kebersihan seperti kehadiran tikus, peralatan serta amalan pengendalian makanan yang tidak bersih akan diarahkan tutup di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 di mana pemilik premis makanan yang tidak mematuhi perintah penutupan premis makanan boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih daripada lima (5) tahun atau denda atau kedua-duanya. Di samping itu, di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, pemilik premis makanan akan dikenakan kompaun sekiranya didapati tidak mematuhi arahan tindakan pembetulan dalam pemeriksaan susulan. Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 akan dikuatkuasakan serta merta.

Kementerian Kesihatan ingin menegaskan bahawa adalah menjadi tanggungjawab pemilik premis makanan untuk memastikan premis mereka bersih pada setiap masa. Di samping itu, Kementerian Kesihatan ingin menasihatkan pengguna supaya sentiasa memilih premis makanan yang bersih.

 

DATUK SERI  DR. S.SUBRAMANIAM

Menteri Kesihatan Malaysia     

28 Jun 2013 

Ditambah pada 29-06-2013
Lampiran-lampiran

 


  •  
  • Print
  • Email this page