MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

PERASMIAN PERKHIDMATAN OTORINOLARINGOLOGI (ORL) DAN ‘SLEEP LAB’ KLUSTER NEGERI SEMBILAN 2 DI HOSPITAL REMBAU

23 Jun 2022 - YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan telah merasmikan Perkhidmatan Otorinolaringologi (ORL) dan ‘Sleep Lab’ Kluster Negeri Sembilan 2 di Hospital Rembau.

Ini adalah program inisiatif di bawah Hospital Kluster berkonsepkan kolaborasi di antara beberapa hospital berpakar dan tanpa pakar yang terletak di dalam geografi yang sama. Khidmat kepakaran dibimbing oleh Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) yang berperanan sebagai ‘lead hospital’ yang selama ini bertindak memberikan perkhidmatan ORL kepada pesakit di Negeri Sembilan. HTJS adalah perintis, mempunyai kepakaran dan menjadi hospital rujukan 'tertiary' di dalam disiplin Otorinolaringologi (ORL) di Negeri Sembilan. Berdasarkan rekod, jumlah pesakit baru yg dirujuk ke ORL adalah melebihi 500 orang setiap bulan. Ini menjadikan jumlah pesakit yang perlu menunggu untuk mendapatkan temujanji rawatan lanjut dan susulan melebihi 900 orang setiap bulan. Penubuhan ini diharap dapat mengatasi masalah menunggu lama bagi mendapatkan temujanji rawatan dan pembedahan yang dihadapi oleh pesakit ORL di Negeri Sembilan. Ia juga memberi kemudahan kepada pesakit dalam mendapatkan rawatan sewajarnya dalam tempoh masa singkat memandangkan fasiliti yang menawarkan khidmat rawatan ORL sangat terhad sebelum ini.

Khidmat kepakaran dibimbing oleh HTJS yang berperanan sebagai ‘lead hospital’ yang selama ini bertindak memberikan perkhidmatan ORL kepada pesakit di Negeri Sembilan. Peningkatan keperluan perkhidmatan ORL dan ‘burden cases’ di negeri ini menjadi faktor pendorong kepada pemilihan Hospital Rembau sebagai fasiliti perubatan pilihan selain daripada HTJS dan Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah yang menawarkan perkhidmatan sama.

Masalah kesihatan yang dikenali sebagai gangguan tidur atau sleep apnea iaitu keadaan di mana seseorang itu berhenti bernafas sewaktu tidur. Masalah kesihatan ini didapati semakin meruncing di mana sekitar 15% hingga 30% rakyat di Malaysia menghidapi sleep apnea. 'Sleep apnea' juga biasa dilihat dalam kalangan dewasa dengan masalah obesiti. Tinjauan Kesihatan dan 2 Morbiditi Kebangsaan pada 2019 menunjukkan negara kita mempunyai rekod tinggi obesiti di Asia Tenggara dengan lebih kurang 50% populasi dewasa kita dilaporkan mengalami berat badan berlebihan dan ini adalah membimbangkan.

 Kira-kira satu per tujuh daripada populasi dewasa dunia atau kira-kira satu bilion orang dewasa dunia dianggarkan menghidapi penyakit Obstructive Sleep Apnea (OSA). Dalam kajian yang diterbitkan oleh Jurnal Perubatan Respiratori Lancet 2019 pula, kira-kira 77.2% rakyat Malaysia dianggarkan mengalami OSA tahap rendah, berbanding hanya kira-kira 7.8% rakyat Hong Kong yang dianggarkan menghadapi masalah serupa. Statistik PDRM pula menyebut sebanyak 1,305 kematian jalan raya dari tahun 2011 hingga 2021 berpunca daripada kemalangan akibat pemandu kenderaan yang tertidur (microsleep) semasa mengoperasikan kenderaan mereka. Jadi kita harus memastikan masalah ini dapat diatasi antaranya dengan mendidik masyarakat tentang bahaya sleep apnea serta menyediakan fasiliti bagi merawat penyakit ini.

Turut hadir YB Dato’ Seri Dr. Haji Awaludin bin Said, ADUN Kota, YB Dato’ Zaifulbahri bin Idris, ADUN Chembong, YBhg. Dato’ Zamzuri bin Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) KKM, YBhg. Dato’ Dr. Mohd Fikri bin Ujang, Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan KKM, YBhg. Dato’ Dr. Harlina binti Abdul Rashid, Pengarah Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan dan YBhg. Dato’ Dr. Siti Sabzah binti Mohd Hashim, Ketua Perkhidmatan ORL Kebangsaan.

image image image

 


Kemaskini pada 2022-06-29 16:39:45 daripada UKK Ridzwani

  •  
  • Print
  • Email this page