MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

SEMINAR KEBANGSAAN PENYALAHGUNAAN BAHAN (PREVENT 2022)

29 Jun 2022 - YB Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali, Timbalan Menteri Kesihatan 1 telah menghadiri dan merasmikan Seminar Kebangsaan Penyalahgunaan Bahan (Prevent 2022) di Hotel Bangi Resort, Bangi Selangor.

YB Datuk Dr Noor Azmi semasa ucapannya memaklumkan bahawa objektif utama penganjuran Seminar Kebangsaan Penyalahgunaan Bahan (PREVENT 2022) ini adalah bagi memberikan kesedaran kepada semua komuniti tentang betapa bahayanya ancaman dadah terhadap  masyarakat dari segi politik, ekonomi dan  sosial. Sekiranya gejala dadah ini terus berleluasa, tiada individu, keluarga ataupun masyarakat yang akan selamat. Ini  bersandarkan realiti bahawa dadah mampu menguasai tubuh dan minda penagih, sindiket dadah pula mampu menjejaskan ekonomi negara dan penyeludupan dadah akan menjadi punca kepada gejala jenayah dalam masyarakat.

Seminar ini jelas menunjukkan bahawa semua pihak termasuklah pihak universiti perlu memainkan peranan yang besar dalam membanteras masalah penyalahgunaan dadah yang merupakan musuh nombor satu negara. Apa jua usaha yang dilakukan sama  ada agensi kerajaan, swasta dan NGO mahupun setiap anggota masyarakat merupakan satu perjuangan untuk menghapuskan dadah sebagai musuh nombor satu Negara.

Seramai 260 orang peserta dari pelbagai agensi dan latar belakang telah menghadiri seminar anjuran Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Persatuan Kaunselor Penyalahgunaan Dadah (MADAC) serta Pusat Penyelidikan Dalam Penyalahgunaan Dadah Asia (ACREDA)  ini akan dapat memberi  inspirasi dan menggerakkan sokongan padu daripada semua pihak dalam usaha membasmi dadah.

Hadir sama YBhg. Dato’ Dr Abd Halim Mohd Hussin, Felo Kehormat, Pusat Penyelidikan Penyalahgunaan Dadah Asia, USIM, YDH Dato’ Ayob Khan Maidin Pitchay, Pengarah Jabatan Narkotik, PDRM dan Dr. Nurashikin Ibrahim, Ketua Sektor, Kesihatan Mental, Pencegahan Kecederaan dan Keganasan dan Penyalahgunaan Substans, Bahagian Kawalan Penyakit, KKM.

image image image

 


Kemaskini pada 2022-07-05 10:26:38 daripada UKK Ridzwani

  •  
  • Print
  • Email this page