MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS SAMBUTAN BULAN HRMIS PERINGKAT KKM

7 Julai 2022 - YBhg Datuk Harjeet Singh, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah merasmikan Majlis Sambutan Bulan HRMIS Peringkat KKM Tahun 2022 bertempat di Aras 8, Dewan Serbaguna, KKM.

Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS) yang telah diperkenalkan sejak tahun 1999 telah berkembang dan berevolusi dengan penggunaan aplikasi dan teknologi terkini. Pengurusan sumber manusia telah mengalami perubahan yang signifikan daripada pelaksanaan menggunakan kaedah manual kepada transformasi penggunaan ICT.

HRMIS kini menjadi  pangkalan data utama berkaitan perjawatan dan sumber manusia dalam perkhidmatan awam. HRMIS juga merupakan pemangkin bagi menjayakan Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam 2021-2025 ke arah memacu lagi agenda Kerajaan Digital yang lebih mampan.

YBhg Datuk KSU menyeru agar warga KKM dapat meningkatkan penggunaan HRMIS dan sentiasa mengemaskini maklumat dan perkhidmatan dalam HRMIS. Ybhg. Datuk KSU turut berharap agar aspirasi untuk memastikan ketepatan data HRMIS dapat dilaksanakan oleh seluruh warga KKM.

Turut hadir YBhg. Dato' Dr. Asmayani binti Khalib, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) and YBhg. Dato' Zainal Alhakab Seman, Setiausaha,  Bahagian Sumber Manusia.

 

     
image image image
     

 


Kemaskini pada 2022-07-15 09:41:10 daripada BPM Nora

  •  
  • Print
  • Email this page