MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Kenyataan Akhbar : Isu-isu Keselamatan Makanan : Kenyataan Akhbar Ketiga Belas Status Semasa Pemanta


TajukKenyataan Akhbar Ketiga Belas Status Semasa Pemantauan Pencemaran DI (2-ETHYLHEXYL) PHTHALATE (DEHP) Dan DI-ISONONYL PHTHALATE (DINP) Dalam Makanan Import Dari Taiwan
Penerangan

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

KENYATAAN AKHBAR KETIGA BELAS

 

STATUS TERKINI PEMANTAUAN PENCEMARAN  DI (2-ETHYLHEXYL) PHTHALATE  (DEHP) DANDI-ISONONYL PHTHALATE (DINP) DALAM MAKANAN IMPORT DARI TAIWAN  

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini mengenai pemantauan makanan import dari Taiwan yang dicemari oleh DEHP.

Hasil pemantauan KKM mendapati produk Lennox Firm-Up Collagen Drink dari nomborbatch F1104001 yang dibotolkan untuk Leton Products (M) Sdn. Bhd. telah tercemar dengan DEHP. Sehubungan itu, KKM telah mengarahkan syarikat tersebut untuk menarik balik produk makanan  daripada batch tersebut dengan kadar segera. Dari siasatan yang dijalankan oleh KKM di kilang syarikat berkenaan, didapati punca pencemaran DEHP adalah bahan mentah yang digunakan sebagai ramuan iaitu grape concentrate keluaran Taiwan yang dibekalkan oleh syarikat CZC Bubble Tea Supplier. Syarikat ini juga turut membekalkan strawberry syrupyang sebelum ini telah didapati tercemar dengan DEHP. Arahan tindakan penarikan balik telah dikeluarkan oleh KKM untuk produk grape concentrate  dan strawberry syrup, manakala produk-produk lain keluaran Taiwan yang dibekalkan oleh syarikat ini sedang dianalisis.

 

Dengan itu semua penjual dinasihatkan supaya memberhentikan penjualan produk Lennox Firm-Up Collagen Drink dari nombor batch F1104001 dengan serta-merta.  Pengguna yang telah membeli produk berkenaan dinasihatkan untuk tidak menggunakan produk tersebut.

 

KKM ingin menegaskan supaya semua pihak yang terlibat dalam industri makanan untuk meningkatkan kawalan keselamatan makanan dan mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk memastikan produk makanan yang dijual di negara ini adalah selamat. Pada masa yang sama, KKM akan terus memantau makanan yang diimport dari Taiwan.

Sebanyak 20 lagi produk makanan keluaran Taiwan bagi kategori makanan yang disyaki tercemar telah dianalisis dan disahkan tidak mengandungi DEHP seperti di Lampiran 1. Di samping itu, KKM juga menjalankan analisis ke atas 20 produk makanan kategori lain keluaran Taiwan yang diimport ke Malaysia dan disahkan tidak mengandungi DEHP seperti diLampiran 2.

 

Bagi memperkukuhkan lagi keselamatan produk makanan yang diimport dari Taiwan, KKM telah meningkatkan tahap pemeriksaan di pintu masuk bagi semua kategori makanan yang terbabit dalam Food Safety Information System of Malaysia (FoSIM) dari Tahap 4 (Survelan) ke Tahap 5 (Tahan, Uji dan Lepas). Manakala produk makanan keluaran Taiwan selain dari kategori terbabit masih dikekalkan di Tahap 4 (Survelan).

 

Berkuatkuasa 1 Julai 2011 KKM akan mengenakan keperluan Sijil Kesihatan yang dikeluarkan oleh Food and Drug Administration (FDA) Taiwan iaitu Competent Authority (CA) berkaitan keselamatan makanan di Taiwan terhadap pengimportan semua kategori makanan yang terbabit. Produk-produk tersebut adalah minuman tenaga, minuman sukan, jus dan pati buah-buahan, jus dan pati sayur-sayuran, teh dan produk teh, yogurt, jeli, nata de coco, jem dan produk jem, konfeksi tepung (biskut, kek dan sebagainya), clouding agent, produk makanan mengandungi kolagen dan food supplement keluaran Taiwan. Sijil Kesihatan ini perlu disertakan dengan Sijil Analisa DEHP dari makmal yang diiktiraf oleh FDA Taiwan.

 

Seksyen 13B(1), Akta Makanan 1983 menyatakan “tiada seorang pun boleh menyediakan atau menjual apa-apa makanan yang diadukkan” dan  sekiranya disabitkan kesalahan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM 20,000.00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya di bawah Seksyen 13B(4).

 

Maklumat lanjut termasuk senarai produk makanan keluaran Taiwan terlibat boleh didapati di laman web http://www.moh.gov.my  atau http://fsq.moh.gov.my. Orang ramai juga boleh menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM di talian 03-88833652/ 88833653.

  

Y.B. DATO’ SRI LIOW TIONG LAI

MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

 

22 JUN 2011

 

 

PRODUK KELUARAN LETON PRODUCTS (M) SDN BHD YANG 
DISAHKAN MENGANDUNGI DEHP

BIL

GAMBAR PRODUK

KETERANGAN PRODUK

 

1

 

  

 

 

Lennox Firm-Up Collagen Drink

(batch F1104001) 

 

 

 

LAMPIRAN 1

PRODUK MAKANAN KELUARAN TAIWAN BAGI KATEGORI YANG DISYAKI* DAN DISAHKAN TIDAK TERCEMAR OLEH DEHP

BIL

JENIS MAKANAN

JENAMA

1

Mixed Berries Extract Liquid

[Diimport oleh Porrima (M) Sdn Bhd]

Tiada

2

American Ginseng Energizing Drink

[Diimport oleh United Kanboo (M) Sdn Bhd]

Tiada

3

Mango Fruit Jam

(Diimport oleh Elegant Solution Trading)

Tiada

4

Passion Fruit Jam

(Diimport oleh Elegant Solution Trading)

Tiada

5

Kiwi Jam

(Diimport oleh Elegant Solution Trading)

Tiada

6

Coconut Sherbet Green Apple

(Diimport oleh Elegant Solution Trading)

Tiada

7

Coconut Sherbet Grape

(Diimport oleh Elegant Solution Trading)

Tiada

8

Coconut Sherbet 3Q

(Diimport oleh Elegant Solution Trading)

Tiada

9

Lemon Syrup

(Diimport oleh Elegant Solution Trading)

Tiada

10

Passion Syrup

(Diimport oleh Elegant Solution Trading)

Tiada

11

Oolong Tea

Tenren's

12

Earl Grey Tea

(Diimport oleh Ho Chuan Trading)

Tiada

13

Green Tea

(Diimport oleh Ho Chuan Trading)

Tiada

14

Chocolate Powder

(Diimport oleh Ho Chuan Trading)

Tiada

15

Lychee Jelly Drink

TAISUN

16

Assam Vanilla Milk Tea

T.GRAND

17

Guava Juice Drink

GREEN POWER

18

Fruit Yogurt

e. BEN

19

Lychee Flavour Coconut Jelly

e.BEN

20

Honey Tomato Drink

Tiada

 

*Nota: Kategori yang disyaki ialah sports drink, minuman jus, jem, jeli dan yogurt.

22 Jun 2011


LAMPIRAN 2

PRODUK MAKANAN KELUARAN TAIWAN BAGI KATEGORI LAIN YANG DISAHKAN TIDAK TERCEMAR OLEH DEHP

BIL

JENIS MAKANAN

JENAMA

1

Vedan Wei Wei Instant Noodles

VEDAN ENTERPRISE

2

Moon Light Lo Han Chai

MOONLIGHT

3

Instant Noodles Chicken With Mushroom Flavor

MR. KON

4

Hibiscus Noodle

SINGLONG

5

Coconut Ice

(Diimport oleh Ho Chuan Trading)

Tiada

6

Black bean & Whole Grains Meal

GREENMAX

7

Tapioca

(Diimport oleh Ho Chuan Trading)

Tiada

8

Mock duck meat

MAKMUR

9

Mock abalone

MAKMUR

10

Lo han chai

MAKMUR

11

Oriental style instant noodle

VE WONG

12

Chilli Bamboo Shoots

KIM VE WONG

13

Barbeque Sauce

BULL HEAD

14

Soy Bean (Purple Yam Black Soy Bean Powder)

GREENMAX

15

Pickled Lettuce

JOHN HOUSE

16

Pickled Lettuce

CHEONG CHAN

17

Sichuan Bean Curd with Chilli and Sesame Oil

JOHN HOUSE

18

The Crisp Sweet Potato

NICE CHOICE

19

Instant Soybean Milk Powder

SWEET GARDEN

20

Super Ramen Hot

GOOD GOOD EAT

 

 Updated: 22 Jun 2011

Ditambah pada23-06-2011

  •  
  • Print
  • Email this page