A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PELANCARAN JELAJAH ANMS PERINGKAT NEGERI PERAK

16 Julai 2022- YAB Datuk Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak bersama YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Jelajah ANMS Peringkat Negeri Perak bersama Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan pada 16 Julai 2022 sebelah petang di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya, Ipoh, Perak.

Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) merupakan tawaran baharu (new deal) kerajaan untuk menjadikan Keluarga Malaysia sihat sejahtera melalui pembudayaan hidup sihat. Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan atau National Health Screening Initiative (NHSI) merupakan salah satu inisiatif Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) yang bertujuan untuk memperkasa penjagaan kesihatan dan persekitaran bagi melahirkan rakyat yang sihat sejahtera.

Penyakit tidak berjangkit atau non-communicable disease (NCD) seperti hipertensi, diabetes, kanser, penyakit jantung dan seantaranya adalah penyakit yang semakin meningkat di Malaysia. Saringan kesihatan secara berkala dapat mengesan penyakit NCD di peringkat awal. Penyakit NCD ini boleh dicegah dan boleh dirawat dengan cepat sekiranya dikesan awal.

Turut hadir bersama ialah YB Dato’ Ahmad Suaidi Bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak,    YB En. Mohd Akmal Bin Kamarudin, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Setiausaha (KSU) KKM dan YBhg. Datuk Dr. Norhayati Binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam)

 

image image image
image image image

 


Kemaskini pada 2022-12-16 17:48:44 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page