A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PERASMIAN 14TH MOH-AMM SCIENTIFIC MEETING 2022

19 Julai 2022 - YB Dato’ Dr. Haji Noor Azmi Ghazali, Timbalan Menteri Kesihatan 1 telah merasmikan Mesyuarat Saintifik MOH-AMM ke -14 sempena Persidangan Saintifik NIH ke-23 di Auditorium Perdana, Institut Kesihatan Negara (NIH) Shah Alam.

Program ini adalah anjuran bersama Institut Penyelidikan Tingkah Laku Kesihatan (IHBR) Akademi Perubatan Malaysia (AMM) dan Institut Penyelidikan Sistem Kesihatan (IHSR) bermula dari 19 hingga 21 Julai 2022.Mesyuarat Saintifik KKM-AMM Ke-14 2022 bersempena dengan Seminar Saintifik NIH ke-23 merupakan acara penyelidikan dwitahunan kerjasama anjuran NIH dan Akademi Perubatan Malaysia (AMM).

Objektif utama acara penyelidikan ini adalah untuk mengumpulkan profesional kesihatan awam dan penyelidik membentang dan menyampaikan penemuan terkini isu kesihatan melalui penyelidikan di samping menjadi platform dalam menyampaikan ilmu pengetahuan, berkongsi pendapat serta mengenal pasti hasil penyelidikan yang boleh diterjemahkan ke dalam polisi kesihatan.

Persidangan saintifik itu akan diadakan secara maya, terdiri daripada sesi pleno dan simposium yang disampaikan oleh penceramah-penceramah daripada kesihatan awam, pakar klinikal, dan profesional kesihatan bersekutu dari peringkat tempatan dan antarabangsa.

Menariknya, sebanyak enam sesi pleno disertai lima penceramah asing dan seorang penceramah tempatan manakala 32 simposium yang disertai enam penceramah asing dan 29 orang penceramah tempatan.

Persidangan bertemakan "NCD- Merapatkan Jurang" memfokuskan kepada usaha berterusan di peringkat tempatan dan nasional bagi merapatkan jurang NCD di Malaysia. Sementara itu, dalam Majlis Penganugerahan dan Induksi Fellowship AMM seramai 133 orang dilantik sebagai Ahli Biasa manakala 27 penganugerahan akan dianugerahkan oleh Fellowship Akademi Perubatan Malaysia.Turut diadakan juga Syarahan Tunku Abdul Rahman Putra ke-16 yang disampaikan oleh Prof Dato Dr P. Kandasami Palayan.

Dianggarkan seramai 695 peserta terutamanya kakitangan penjagaan kesihatan di semua peringkat antaranya ahli klinik dan pakar kesihatan awam, pihak berkepentingan, pelaksana, kakitangan sokongan, profesional kesihatan bersekutu dan penyelidik akan mengambil bahagian dalam acara saintifik ini.

Semasa persidangan ini juga akan diadakan pelancaran Saringan untuk Penyakit Hati Berlemak di kalangan pesakit NCD sebagai satu inisiatif "Primary Care Setting” sekaligus menunjukkan perkongsian pihak berkepentingan awam atau swasta dalam mengintegrasikan pemeriksaan penyakit hati dan stratifikasi risiko di kalangan pesakit NCD berdasarkan Garis Panduan Amalan Klinikal (CPG) mengenai pengurusan Diabetes Mellitus Jenis 2.

Turut hadir, YBhg. Dato' Dr. Asmayani Khalib, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), KKM, YBhg Datuk Dr. Norhayati Rosli, Timbalan Ketua Pengarah (Kesihatan Awam) KKM, YBrs. Dr. Rozita Halina Tun Hussein Onn, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan & Sokongan Teknikal) KKM, YBrs. Dr. S Asmaliza Ismail, Pengurus Institut Kesihatan Negara, KKM, YBrs. Profesor Dr. Rosmawati Mohamed, Master Akademi Perubatan Malaysia, Dr. Manimaran Krishnan, Pengarah Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan, NIH, Dr Sondi Sararak, Pengarah Institut Penyelidikan Sistem Kesihatan, NIH dan YBhg Prof. Dato' Dr. Kandasami Palayan, Speaker Tunku Abdul Rahman Putra ke-16.

image image image image

 


Kemaskini pada 2022-07-20 16:24:26 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page