A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PERASMIAN HOSPITAL BERA, PAHANG

20 Ogos 2022 - YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, Perdana Menteri diiringi oleh YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan menyempurnakan Majlis Perasmian Hospital Bera bertempat di Bera, Pahang.

Hospital Bera merupakan salah satu projek pembinaan hospital yang diluluskan oleh kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) di atas tanah seluas 33 ekar dalam Mukim Triang, Bera. Hospital Bera merupakan Hospital Daerah Tanpa Pakar yang diletakkan di bawah Program Hospital Kluster Pahang Tengah dengan Hospital Jengka, Hospital Jerantut dan Hospital Bentong yang diterajui oleh Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh sebagai Lead Cluster Hospital.

Hospital ini dilengkapi dengan 40 buah katil dan akan memberi manfaat kepada kira-kira 150,000 penduduk di Daerah Bera. Hospital Bera bakal menyediakan khidmat kepakaran menerusi pakar perubatan dengan konsep lawatan pakar. Hospital Bera juga dipilih sebagai fasiliti yang melaksanakan projek rintis bagi beberapa teknologi dan konsep kolaboratif, antaranya teknologi robotik dalam penyampaian perkhidmatan penghantaran makanan dan sampel makmal. Selain itu, Patient’s Bed Watchers and Management System, sistem Obstetric Remote Ultrasonography dan sistem pembayaran tanpa tunai turut dilaksanakan

Hadir bersama dalam Majlis Perasmian ialah YAB Dato’ Sri Wan Rosdy Bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang, YB Datuk Seri Rina Binti Mohd Harun, Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, YB Dato’ Sri Norol Azali Bin Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Setiausaha (KSU) KKM dan YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan.

 

image image image image
image image image image

Kemaskini pada 2022-08-24 12:20:45 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page