A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN KESEDARAN PENDERMAAN ORGAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2022

4 September 2022-YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan menghadiri Majlis Perasmian Penutupan Kesedaran Pendermaan Organ Peringkat Kebangsaan 2022 di Dataran PPR Seri Alam 2. Minggu kesedaran ini bertemakan "Derma Organ, Cakna Demi Kehidupan".

YB Khairy dalam ucapannya sangat menyokong pendermaan organ dan perkhidmatan transplantasi.Jelasnya, dari segi perubatan, pendermaan organ dan tisu bukan sahaja meningkatkan kualiti hidup seseorang malah menyelamatkan nyawa pesakit yang mengalami kegagalan organ tahap akhir. Dari segi kemanusiaan, ia dianggap sebagai kebajikan serta tindakan yang mulia kerana memberi manfaat besar kepada orang lain.

Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada Jun 1970 memutuskan bahawa pendermaan organ dan tisu untuk pemindahan adalah dibenarkan (harus). Begitu juga bagi agama-agama utama lain di negara ini seperti Buddha, Hindu, Kristian, Sikh semuanya menggalakkan pendermaan organ kerana memberi kebaikan kepada penerima asalkan tidak melibatkan nilai-nilai komersial.

Bermula tahun 1975, sebanyak 2,700 kes transplantasi yang melibatkan pendermaan organ daripada penderma yang meninggal dunia dan juga daripada penderma hidup. Jumlah ini masih rendah jika dibandingkan dengan bilangan pesakit kegagalan organ tahap akhir yang di negara ini.

Program ini merupakan program kerjasama National Transplant Resource Centre (NTRC), Hospital Kuala Lumpur, Bahagian Perkembangan Perubatan KKM, Malaysian Society of Transplantation, Pejabat Kesihatan Daerah Cheras, PKD Lembah Pantai, National Kidney Foundation, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Persatuan Penduduk PPR Seri Alam 2.

Hadir sama Dato' Dr. Asmayani Khalib, Timbalan Ketua Kengarah Kesiahtan (Perubatan), KKM, Dr. Fairoz Azlim Muslim, Pengerusi Jawatankyasa Pelaksana Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Petingkat Kebangsaan 2022 dan Encik Hisham Ghazali, Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Seri Alam 2.

 

image image image image

 


Kemaskini pada 2022-09-08 22:02:44 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page