MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Situasi Semasa Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD) Di Malaysia Bagi Minggu Epid 23/2012 (3 hingga

SITUASI SEMASA PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) DI MALAYSIA

Bagi Minggu Epid 23/2012 (3 hingga 9 Jun 2012)

 

 Pada minggu ke-23 tahun 2012 iaitu bagi tempoh 3 hingga 9 Jun 2012, sejumlah 1,111 kes baru HFMD dilaporkan di seluruh negara iaitu peningkatan sebanyak 132 kes (13%) berbanding dengan 979 kes yang dilaporkan pada minggu sebelumnya. Sarawak melaporkan bilangan kes yang paling tinggi dalam minggu ini iaitu 436 kes (39%) diikuti Selangor 240 kes (22%), Johor 92 kes (8%), WP Kuala Lumpur 80 kes (7%), manakala negeri-negeri lain pula melaporkan kurang daripada 60 kes. Kebanyakan kes yang dilaporkan adalah ringan (mild). Sebanyak 138 kes dimasukkan ke wad di seluruh negara pada minggu epid ke-23 untuk pemerhatian dan rawatan rehidrasi.

 

Dari Januari 2012, kes HFMD menunjukkan tren meningkat di seluruh negara dan kemuncak ialah pada Minggu Epid 10 (4 hingga 10 Mac) iaitu 1,473 kes.  Seterusnya kes HFMD kekal tinggi sehingga Minggu Epid 19 (6 hingga 12 Mei) di mana kes menunjukkan tren penurunan sehingga Minggu Epid 22 (27 Mei - 2 Jun) kepada 979 kes (Lampiran 1). Jumlah keseluruhan kes HFMD yang dilaporkan di seluruh negara untuk tempoh 1 Januari hingga 9 Jun 2012 adalah 21,950 kes dengan tiada kematian (Lampiran 2).

 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengambil pelbagai tindakan kawalan dan pencegahan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Semua pengamal perubatan termasuk swasta wajib melaporkan kes HFMD dan tindakan penutupan premis atau institusi dilakukan jika terdapat penularan HFMD bagi memutuskan rantaian jangkitan dan disinfeksi premis. 

 

 

NASIHAT KESIHATAN (ADVISORY) HFMD

 

Penyakit HFMD disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71). Penularan penyakit/virus HFMD adalah melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD. Mereka yang dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam, luka (ulcer) di mulut, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki. HFMD selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri. Namun begitu, segelintir jangkitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung.

 

Bagi memastikan keberkesanan langkah-langkah kawalan dan pencegahan yang diambil, Kementerian Kesihatan Malaysia ingin mengingatkan orang ramai bahawa:

i)  Langkah pencegahan terbaik adalah menjaga kebersihan diri dan persekitaran. Penularan jangkitan HFMD sangat berkait rapat dengan amalan kebersihan diri dan persekitaran di mana ia mudah berlaku di tempat sesak serta mutu kebersihan yang rendah.
   
ii) Ibu bapa atau penjaga perlu membawa kanak-kanak dengan gejala HFMD mendapatkan rawatan dan tidak membawa kanak-kanak tersebut ke tempat awam termasuk sekolah dan pusat jagaan kanak-kanak.
   
iii)

Pengurus pusat jagaan kanak-kanak perlu menjalankan aktiviti pembersihan premis dan saringan terhadap kanak-kanak di bawah jagaan mereka sepertimana yang disarankan dalam ‘Garis Panduan Pengendalian Kanak-Kanak di Taska dan Prasekolah’ serta ‘Pelan Tindakan Bersepadu Bagi Mencegah Dan Mengawal Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut’. Kesemua dokumen rujukan berkenaan boleh didapati melalui laman sesawang KKM di alamat URL: http://www.moh.gov.my/v/garis-panduan.

 

 

Disediakan Oleh,

Sektor Zoonosis

Bahagian Kawalan Penyakit

Kementerian Kesihatan Malaysia

12 Jun 2012

 

SITUASI SEMASA PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) DI MALAYSIA

 

Lampiran 2

KES HFMD DILAPORKAN DI MALAYSIA SEHINGGA MINGGU 23/2012

BIL.

NEGERI

BIL KES HFMD SEMASA PADA MINGGU 23/2012 (3 – 9 JUN)

JUMLAH  TERKUMPUL KES HFMD SEHINGGA 23/2012(1 JAN – 9 JUN)

1

JOHOR

92

1624

2

KEDAH

34

606

3

KELANTAN

27

1215

4

MELAKA

11

584

5

NEGERI SEMBILAN

23

552

6

PAHANG

7

258

7

PERAK

27

862

8

PERLIS

24

137

9

PULAU PINANG

56

818

10

SABAH

52

1031

11

SARAWAK

436

7354

12

SELANGOR

240

4559

13

TERENGGANU

2

233

14

WP KUALA LUMPUR

80

1774

15

WP LABUAN

0

343

JUMLAH

1111

21,950

 

 

 



  •