MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Maklum Balas : Parking Berbayar Di HRPZ II

 

Perkara                :           MAKLUM BALAS

 

Tajuk                   :           PARKING BERBAYAR DI HRPZ II

 

Akhbar                 :           KOSMO

 

Tarikh Siaran        :           23 MEI 2012

 

Kategori               :           ADUAN SMS

 

Dikeluarkan Oleh  :           DATO’ DR. HAJI  GHAZALI HASNI BIN HAJI MD. HASSAN

                                       PENGARAH

                                       HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB II,

                                       KOTA BHARU

 
Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) terlebih dahulu merujuk kepada aduan PESAKIT MARAH di dalam ruangan ini mengenai parkir bermeter di dalam kawasan hospital. Ingin kami jelaskan bahawa kawasan parkir yang sedia ada di sepanjang jalan HRPZ II adalah dibawah pentadbiran MPKB-BRI dan HRPZ II hanya diberi beberapa lot parkir sahaja yang dikhususkan kepada Pegawai Perubatan On-call.

 

Parkir bermeter ini diwujudkan adalah atas inisiatif MPKB-BRI setelah melalui beberapa siri perbincangan dengan HRPZ II dan agensi penguatkuasa yang lain bagi mengatasi kesesakan lalulintas yang teruk di dalam kawasan HRPZ II ekoran sikap pemandu yang meletakkan kenderaan sesuka hati dan menghalang kelancaran lalu lintas. Di samping itu, terdapat juga penyalahgunaan tempat parkir oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dengan menjadikan kawasan parkir percuma hospital sebagai tempat meletakkan kereta sebelum mereka ke tempat kerja di sekitar bandar Kota Bharu.  Dengan adanya parkir bermeter ini dapat mendisiplinkan pemandu seterusnya kesesakan lalu lintas dapat diatasi.

 

Untuk makluman, HRPZ II tidak mempunyai kawasan tambahan untuk dijadikan tempat parkir. Kawasan yang sedia ada adalah terlalu terhad dan perlu digunakan sepenuhnya untuk pembangunan fizikal hospital.Oleh itu, dalam masa terdekat ini pihak HRPZ II tidak dapat menyediakan kawasan parkir untuk semua pelawat, malah staf HRPZ II juga masih kekurangan parkir. Bagi mengatasi masalah kekurangan tempat parkir di masa hadapan, sebanyak 215 lot parkir akan disediakan di Kompleks Rawatan Harian yang sedang dalam proses pembinaan dan dijangka siap menjelang September 2013.

 

Sebagai alternatif bagi mengurangkan kebergantungan staf dan pelawat kepada parkir yang terhad di kawasan HRPZ II, kami mengalakkan pelawat dan pesakit menggunakan perkhidmatan kereta sewa hospital yang beroperasi 24 jam yang dilancarkan baru-baru ini. Kereta sewa hospital ini sedia mengambil penumpang dari rumah ke hospital atau sebaliknya  dengan kadar tambang yang   berpatutan iaitu RM 10 sehala bagi jarak lingkungan 5KM dari hospital. Orang ramai yang memerlukan perkhidmatan tersebut boleh menghubungi talian 014-5025928. HRPZ II juga menyediakan khidmat penghantaran ubat melalui pos dan Kaunter Farmasi Pandu Lalu yang boleh dihubungi melalui Talian 09-745 2469 untuk maklumat lanjut.

 

Orang ramai disaran menggunakan perkhidmatan tersebut kerana ia mudah, cepat dan menjimatkan serta dapat membantu pihak HRPZ II mengatasi masalah kekurangan tempat parkir.


  •