Perkara : MAKLUM BALAS
Tajuk : TANDAS HOSPITAL KOTOR WAKTU PUNCAK
Akhbar : BERITA HARIAN
Tarikh Siaran : 4 JUN 2012
Kategori : ADUAN
Dikeluarkan Oleh : DR NARIMAH NOR YAHAYA
PENGARAH
HOSPITAL MELAKA
Berhubung masalah tandas kotor yang dilaporkan oleh Syafik dari Merlimau, pengurusan Hospital Melaka mengambil perhatian serius terhadap perkara itu.
Untuk makluman, kerja pembersihan tandas dilakukan oleh syarikat konsesi setiap hari bagi memastikan kebersihan tandas terjaga secara berjadual.
Namun, waktu melawat iaitu antara jam 1 hingga 2 petang dan 5 hingga 7 malam adalah masa puncak hospital yang menerima ramai pelawat dan ramai yang menggunakan tandas.
Keadaan itu menyaksikan petugas pembersihan tidak sempat membersihakn semua tandas awam yang terdapat di hospital ini secara serentak.
Menjadi keutamaan pihak hospital memastikan kebersihan secara menyeluruh dan komited bagi memastikan pekerja konsesi melakukan kerja pembersihan sekerap mungkin mengikut jadual yang ditetapkan.
Pihak hospital juga berharap pengguna supaya turut sama menjaga kebersihan tandas demi kebaikan semua.