MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Maklum Balas : Mohon KKM Beri Kelulusan

 

Perkara                      :    MAKLUM BALAS

 

Tajuk                          :   MOHON KKM BERI KELULUSAN

 

Akhbar                       :    SINAR HARIAN

 

Tarikh Siaran               :    21 JUN 2012

 

Kategori                      :    LAPORAN

 

Dikeluarkan Oleh         :     DATO’ SRI DR. HASAN BIN ABDUL RAHMAN          

                                        KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

 

Kementerian Kesihatan Malaysia (Kementerian) ambil maklum berkaitan isu yang dibangkitkan oleh St John Ambulans Malaysia (SJAM) dan YB Datuk Seri Ong Tee Kiat terhadap status lesen pusat hemodialisis di Pandan, seperti yang dinyatakan dalam Sinar Harian bertarikh 21 Jun 2012.  

 

Secara keseluruhannya, Kementerian telah menerima enam belas (16) permohonan daripada SJAM sejak 9 Oktober 2006 sehingga 5 Julai 2011. Semua permohonan tersebut telah disemak, dan didapati tidak mematuhi keperluan-keperluan asas pelesenan pusat hemodialisis yang telah ditetapkan oleh Kementerian.

 

Maklumat tersebut telah disampaikan secara rasmi melalui beberapa surat kepada SJAM. Walau bagaimanapun, sehingga kini, Kementerian masih belum menerima maklum balas yang sewajarnya.

 

Kementerian akan mengeluarkan lesen tersebut, setelah pihak SJAM mematuhi keperluan-keperluan asas pelesenan.


  •