A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PELANCARAN PORTAL KKMNOW

Oktober 2022- YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan melancarkan Portal KKMNOW bertempat di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (IPKKM). Portal KKMNOW merupakan kesinambungan daripada portal COVIDNOW oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hasil kolaborasi strategik bersama Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Langkah ini adalah selaras dengan pelan pendigitalan perkhidmatan kesihatan dan juga usaha KKM bagi mewujudkan satu platform bersepadu bagi tujuan perkongsian serta rujukan data oleh pengurusan KKM dan seluruh rakyat Malaysia.

Sebelum ini Portal COVIDNOW adalah bertujuan memberi pemahaman dan kesedaran yang lebih baik kepada masyarakat dan kesedaran yang lebih baik berhubung situasi semasa jangkitan COVID-19 di dalam negara. Antara data-data penting dalam COVIDNOW ialah kadar penggunaan katil hospital, ICU serta kadar kematian disebabkan COVID-19.

Kini, Portal KKMNOW akan menjamin kelestarian usaha transformasi data KKM dengan memastikan ketelusan data KKM. Skop KKMNOW yang lebih luas akan merangkumkan paparan data seperti maklumat berkenaan fasiliti-fasiliti kesihatan dan data berkaitan program kesihatan seperti pendermaan darah, pendermaan organ, saringan kesihatan dan PeKa B40 serta data berkaitan penyakit-penyakit berjangkit.

Turut hadir bersama ialah YB Dato’ Dr. Haji Noor Azmi Bin Ghazali, Timbalan Menteri Kesihatan I, YB Datuk Aaron Ago Dagang, Timbalan Menteri Kesihatan II, YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Setiausaha, YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Bin Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Bin Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia dan YBrs. Dr. Fazida Binti Abu Bakar, Pengarah (Bahagian Kerajaan Digital), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

 

image image image

Kemaskini pada 2022-10-10 12:45:11 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page