A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK KLINIK KESIHATAN (JENIS 7) DENGAN KUARTERS DI MACHANG, PASIR MAS DAN TUMPAT KELANTAN

10 Oktober 2022 - YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan mewakili YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan menyaksikan Majlis Penyerahan Projek Klinik Kesihatan (Jenis 7) Dengan Kuarters Joh, Machang, Klinik Kesihatan (Jenis 7) Dengan Kuarters Sungai Keladi, Pasir Mas Dan Klinik Kesihatan (Jenis 7) Dengan Kuarters Telok Jering, Tumpat.

Pembinaan Klinik Kesihatan (Jenis 7) di Negeri Kelantan ini merupakan salah satu usaha berterusan Kerajaan bagi menjamin kemudahan rakyat setempat untuk mendapatkan akses yang lebih luas kepada perkhidmatan kesihatan awam di negara ini. Ketiga-tiga Klinik Kesihatan (Jenis 7) ini akan mula beroperasi pada 11 November 2022 dan bakal menawarkan perkhidmatan seperti Klinik Kesihatan Ibu dan Anak, Klinik Pesakit Luar, Rawatan Kecemasan, Makmal Perubatan Asas dan Farmasi.Selain itu juga, klinik-klinik ini turut menyediakan empat (4) unit kuarters bagi menempatkan kakitangan petugas kesihatan untuk memberi keselesaan dan meningkatkan taraf penyampaian perkhidmatan dalam pengoperasian klinik.

Terdahulu, YB Menteri Kesihatan juga telah mengumumkan perolehan satu (1) buah ambulan baharu di ketiga-tiga klinik ini yang akan mengurangkan pergantungan kepada klinik-klinik berhampiran yang mempunyai bilangan ambulan yang terhad dan dapat mengurangkan kos pengangkutan pesakit dari kawasan luar bandar. Selain itu ketiga-tiga klinik ini juga akan dilengkapi dengan satu (1) unit Fundus Camera yang dapat memberi manfaat rawatan kepada kira-kira 4,200 pesakit kencing manis di daerah Machang dan seramai 8,000 pesakit di daerah Pasir Mas serta 6,500 pesakit di daerah Tumpat. Seterusnya, sejajar dengan usaha meningkatkan tahap imunisasi penduduk dalam kawalan penyakit berjangkit dan COVID-19.

Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Sr. Hj. Azami bin Mohd Noor, Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti Negeri Kelantan, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, YBrs. Ir. Rahmat bin Hj. Abd. Rahman, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Bangunan) Jabatan Kerja Raya Malaysia, YBhg. Dato’ Zamzuri bin Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) Kementerian Kesihatan Malaysia, YBhg. Dato’ Dr. Asmayani binti Khalib, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Kementerian Kesihatan Malaysia, YBhg. Datuk Dr. Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Kementerian Kesihatan Malaysia, YBhg. Dato’ Ar. IDr. Azman bin Md. Hashim, Pengarah Cawangan Kerja Kesihatan, Jabatan Kerja Raya dan YBhg. Dato’ Dr. Zaini bin Husin, Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan.

image image image image

 


Kemaskini pada 2022-10-28 13:01:12 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page