A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

PROGRAM LANGKAH SIHAT @ BATU CAVES SEMPENA SAMBUTAN BULAN MALAYSIA SIHAT SEJAHTERA

16 Oktober 2022 - YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia hadir ke program Langkah Sihat @ Batu Caves sempena sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera bertempat di Perkarangan Kuil Sri Mariamman, Batu Caves, Selangor.

Langkah Sihat @ Batu Caves merupakan salah satu aktiviti utama sempena sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) yang telah dilancarkan oleh YAB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia pada 8 Oktober 2022 lalu, bersempena program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia dan Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat di Dataran Seri Jempol, Negeri Sembilan.

Sambutan BMSS merupakan salah satu inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) dalam merealisasikan hasrat Kerajaan bagi menggerakkan Keluarga Malaysia ke arah pembudayaan hidup sihat, dengan pendekatan whole of nation.

Pelbagai aktiviti promosi budaya hidup sihat diadakan sempena Langkah Sihat @ Batu Caves seperti aktiviti Kayuhan Sihat, Zon Aktif dan Interaktif (promosi aktiviti fizikal) dan runding cara hidup sihat. Platform ini juga dioptimumkan untuk jangkau luar saringan kesihatan di bawah Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan (NHSI) yang dilaksanakan sebagai usaha menggalakkan rakyat Malaysia untuk tampil menjalani saringan asas kesihatan secara berkala.

Aktiviti Langkah Sihat @ Batu Caves ini dilaksanakan dengan jayanya dengan kerjasama dan sokongan erat daripada pihak Pengurusan Kuil Sri Sri Mariamman Devasthanam yang turut prihatin dalam mempromosikan budaya hidup sihat dalam kalangan Keluarga Malaysia. Rakan-rakan strategik yang lain seperti Tourism Malaysia, Persatuan Kebajikan Dinamik Sinar Kasih dan Majlis Belia Malaysia turut membantu menjayakan program pada pagi ini.

Turut hadir YBhg. Dato’ Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KKM, YBhg. Datuk Dr. Norhayati Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) KKM dan YBhg. Dato’ Sivakumar Nadarajah, Pengurusan Kuil Sri Maha Mariamman Devasthanam Batu Caves.

image image image image
image image

Kemaskini pada 2022-10-28 13:41:27 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page