A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN (PPK)

3 November 2022 - YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan  menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan Hari Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) bertempat di Hospital Sungai Buloh. Hari Pembantu Perawatan Kesihatan disambut setiap tahun pada 1 November dan tema bagi tahun 2022 adalah ‘PPK Cemerlang, Kerjaya Gemilang’. Sambutan Hari Pembantu Perawatan Kesihatan peringkat kebangsaan bagi tahun 2022 telah diadakan di Terengganu.

Jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan mula diwujudkan pada tahun 60-an dengan nama 'Amah'. Ia kemudiannya ditukar kepada ‘Atendan' pada tahun 80-an dan ditukar secara rasmi kepada nama Pembantu Perawatan Kesihatan pada tahun 2007.

Tugas sebagai PPK adalah menolong menjalankan kerja-kerja asas berkenaan penjagaan pesakit, penyediaan peralatan, mengiringi pesakit mendapatkan rawatan serta mengambil dan merekod data pesakit. Peranan PPK di sektor kesihatan awam amatlah penting dalam usaha untuk menangani isu-isu kesihatan termasuklah COVID-19. PPK juga bertanggungjawab menjalankan tugasan di kawasan atau jabatan kritikal terutamanya forensik, kecemasan dan tempat-tempat lain yang berisiko. PPK adalah petugas barisan hadapan sebaris petugas-petugas kesihatan lain yang sentiasa bersiap siaga memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

YB Khairy turut merakamkan penghargaan ke atas sumbangan dan jasa keseluruhan warga PPK dan mengajak warga PPK untuk terlibat lebih aktif dalam menyumbangkan idea, pandangan dan input kepada KKM untuk menambah baik serta menaik taraf perkhidmatan kesihatan KKM.

Turut hadir YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia dan YBhg. Dato’ Indera Dr, Sha’ari bin Ngadiman, Pengarah Kesihatan Negeri Selangor.

 

image image image image
image image image image

Kemaskini pada 2022-11-11 11:08:46 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page