A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PENGOPERASIAN HOSPITAL CYBERJAYA, SELANGOR

11 November 2022- YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Majlis Pengoperasian Hospital Cyberjaya, Selangor yang mula beroperasi pada 11 November 2022. Hospital Cyberjaya mempunyai kapasiti 288 katil serta beroperasi sebagai hospital pakar major dan memanfaatkan kira-kira 282,000 penduduk di Daerah Sepang, Selangor.

Hospital Cyberjaya merupakan ini hospital pakar major yang menyediakan perkhidmatan kepakaran dilengkapi dengan lapan dewan bedah, termasuk dua dewan bedah untuk operasi oftamologi dan ENT. Selain itu, hospital ini juga menyediakan perkhidmatan audiologi bagi pesakit kanak-kanak dan dewasa termasuk ujian saringan pendengaran serta ujian diagnostic selain turut dilengkapi dengan satu unit mesin CT-Scan.

Pada peringkat awal, enam disiplin kepakaran akan memulakan perkhidmatan iaitu Perubatan Am, Pembedahan Am, Pediatrik, Obstetrik & Ginekologi, Perubatan Kecemasan dan Bius, di samping tiga  perkhidmatan sokongan klinikal iaitu perkhidmatan Patologi, Radiologi serta Diet dan Sajian.

Sebanyak 28 unit kuarters kakitangan dan balai pelawat turut dibangunkan bersama dengan hospital ini. Kementerian Kesihatan sentiasa prihatin dan komited dalam menyediakan perkhidmatan dan kemudahan kesihatan yang terbaik kepada rakyat.

Turut hadir ialah YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Setiausaha, YBhg. Dato’ Alhakab Bin Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), YBhg. Dato’ Zamzuri bin Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan), YBhg. Dato’ Dr. Asmayani binti Khalib, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), YBhg. Datuk Dr. Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), YBhg. Dato' Dr. Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan & Sokongan Teknikal) dan YBhg. Dato' Indera Dr. Sha'ari bin Ngadiman, Pengarah Kesihatan Negeri Selangor.

 

image image image image
image image

Kemaskini pada 2022-12-10 15:35:35 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page