A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YANG BERHORMAT MENTERI KESIHATAN KE HOSPITAL SEGAMAT, JOHOR

10 Disember 2022 - YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah memulakan lawatan kerja rasmi ke Hospital Segamat pada hari ini.

Beliau diiringi oleh YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Setiausaha, Kementerian Kesihatan Malaysia, YBhg. Tan Sri Datuk  Noor Hisham bin Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan dan YBhg. Dato’ Dr Aman bin Rabu, Pengarah, Jabatan Kesihatan Negeri Johor.

Tujuan lawatan adalah untuk meninjau pengoperasian hospital dan menyantuni pesakit kanak-kanak di Wad Pediatrik. Selain itu, YB Menteri Kesihatan berkesempatan melawat tapak projek bangunan tambahan Hospital Segamat.

Projek pembinaan blok tambahan yang baru ini dijangka siap dan beroperasi pada awal tahun 2023 dengan dilengkapi kemudahan berikut:

a) Empat (4) unit dewan bedah;

b) Satu (1) unit rawatan rapi dengan kemudahan 18 katil;

c) Satu (1) High Dependency Unit dengan kemudahan sebanyak 8 katil;

d) Satu (1) Central Sterile Supply Department; dan

e) Satu Unit Hidrodinamik dan Respiratori (Respiratory and Hemodynamics \ Unit/RHU).

Dengan kemudahan yang disediakan di blok tambahan ini, Hospital Segamat akan dapat memperluaskan lagi perkhidmatannya kepada pelanggan di daerah Segamat dan kawasan sekitarnya.

Turut hadir YB Ling Tian Soon, Exco Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor dan YBhg. Dato’ Dr. Asmayani binti Khalib, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), KKM.

image image image image
image image

Kemaskini pada 2022-12-12 18:53:12 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page