A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PERASMIAN UNIVERSAL HEALTH COVERAGE DAY MALAYSIA 2022

13 Disember 2022 - YB Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Universal Health Coverage Day Malaysia 2022 bertempat di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur.

Punca utama kematian rakyat di  Malaysia adalah disebabkan penyakit tidak berjangkit (NCD) dan hampir 70 peratus daripada semua kematian pramatang dikaitkan dengan NCD. Malaysia juga mempunyai prevalens tertinggi penghidap hipertensi dan diabetes dalam lingkungan negara-negara ASEAN.

Sehubungan itu, negara ini berhadapan dengan cabaran untuk mencapai Matlamat Pembangunan Mampan 3: Kesihatan dan Kesejahteraan Baik (SDG 3) yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi mengurangkan satu pertiga kematian pramatang daripada NCD melalui pencegahan dan rawatan serta menggalakkan kesihatan mental dan kesejahteraan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengambil banyak inisiatif untuk memperkasakan penyampaian penjagaan berkualiti kepada semua rakyat Malaysia. Salah satu komitmen tersebut adalah melalui Enhanced Primary Healthcare Initiative (atau EnPHC) yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti penjagaan bagi penghidap diabetes, hipertensi dan kolesterol tinggi. Melalui perkhidmatan mQuit, KKM telah memperkukuh perkhidmatan berhenti merokok melalui perkongsian awam-swasta dan sistem kaunseling berhenti merokok serta laman web untuk mempromosikan dan memudahkan pendaftaran perokok.

Perlindungan kesihatan NCD memerlukan kerjasama pelbagai sektor, disiplin dan usaha pelbagai pihak, yang melangkaui sektor kesihatan. Kementerian dan agensi kerajaan lain juga berperanan membantu mengurangkan beban NCD.

Turut hadir di majlis tersebut adalah Tan Sri Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dan Khairy Jamaluddin yang merupakan mantan Menteri Kesihatan.

 

image image image image
image image

Kemaskini pada 2022-12-16 18:26:40 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page