MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

Skim Latihan 1Malaysia Jururawat : Soalan-Soalan Lazim Berkaitan Program SL1M Jururawat

Poster
 
Soalan-Soalan Lazim Berkaitan Program SL1M Jururawat 
Soalan 1 : Apakah yang dimaksudkan dengan program SL1M Jururawat?
Jawapan : SL1M Jururawat adalah salah satu usaha kerajaan untuk memperkasakan graduan diploma kejururawatan dengan kemahiran dan pengalaman yang boleh meningkatkan kebolehpasaran mereka untuk memperolehi pekerjaan yang baik.
     
Soalan 2 : Apakah tujuan program SL1M Jururawat?
Jawapan : Program ini bertujuan memberi peluang kepada graduan lepasan kursus kejururawatan peringkat Diploma IPTS untuk meningkatkan kemahiran klinikal di samping meningkatkan keyakinan diri dan pembangunan sahsiah.
     
Soalan 3 : Bilakah Program SL1M Jururawat ini akan bermula?
Jawapan : Program SL1M Jururawat akan bermula pada tahun 2013
     
Soalan 4 : Berapa lama tempoh pelaksanaan program SL1M Jururawat yang ditetapkan kepada setiap syarikat?
Jawapan : Tempoh pelaksanaan program SL1M Jururawat adalah minimum 6 bulan dan maksimum selama 1 tahun.
     
Soalan 5 : Berapakah elaun yang akan diterima oleh peserta program?
Jawapan : Peserta program akan menerima elaun sekurang-kurangnya RM900 (minimum) dan elaun akan dibayar terus kepada peserta oleh syarikat-syarikat yang terlibat sepanjang tempoh latihan.
     
Soalan 6 : Apakah kriteria atau kelayakan peserta program?
Jawapan : Graduan mestilah warganegara Malaysia. Terdapat 3 kriteria asas dalam pemilihan peserta iaitu:
  • Graduan mempunyai Diploma Kejururawatan Institusi Pengajian Tinggi dalam negara
  • Berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.
  • Graduan yang mengangur 6 bulan setelah menamatkan pengajian atau 6 bulan selepas menerima transkrip peperiksaan
  • Graduan yang telah bekerja tetapi tidak setaraf dengan kelayakan atau gaji yang diterima (underemployed).
     
Soalan 7 : Bagaimana cara untuk menyertai program SL1M Jururawat?
Jawapan : Peserta boleh melayari laman sesawang (website) Kementerian Kesihatan Malayisa (MOH) di www.moh.gov.my dan membuat permohonan melalui borang yang disediakan. Berikut adalah senarai salinan sijil yang perlu dilengkapkan oleh peserta program sebelum dihantar ke Sekretariat SL1M Jururawat di KKM:
  • Borang Pendaftaran Peserta
  • Biodata Diri (Resume)
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Diploma Kejururawatan/ Ijazah Sarjana Muda
  • Transkrip Peperiksaan
  • Perakuan Pendaftaran Lembaga Jururawat Malaysia
  • SPM
  • Sijil Ko-kurikulum yang berkaitan
  • Rekod Kesihatan (untuk pesakit kronik)
     
Soalan 8 : Dimanakah borang penyertaan SL1M Jururawat ini perlu dihantar?
Jawapan :

Borang yang telah lengkap diisi dan salinan sijil yang berkenaan hendaklah dihantar ke Sekretariat SL1M Jururawat di alamat seperti berikut:

Bahagian Pengurusan Latihan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Menara Prisma, Aras 6,
Persiaran Perdana, Presint 3,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62675 Putrajaya
Tel : 03-8885 0600
Faks : 03-8885 0747

     
Soalan 9 : Apakah kaedah pemilihan calon untuk menyertai Program SL1M Jururawat?
Jawapan : Sekretariat SL1M Jururawat akan mengemukakan senarai peserta SL1M Jururawat kepada pihak hospital. Pihak hospital akan membuat pemilihan bagi calon-calon yang dikehendaki.
     
Soalan 10 : Bagaimanakah penempatan peserta SL1M Jururawat ditentukan?
Jawapan : Penempatan peserta SL1M Jururawat adalah bergantung kepada keperluan hospital yang mengikuti program tersebut. Urusetia akan berusaha untuk menempatkan peserta ditempat yang berhampiran.
     
Soalan 11 : Adakah peserta SL1M Jururawat boleh diserap dalam hospital secara lantikan tetap?
Jawapan : Tertakluk kepada pihak hospital untuk melantik peserta secara lantikan tetap berdasarkan prestasi peserta dan kekosongan jawatan dihospital berkenaan.
     
Soalan 12 : Adakah peserta SL1M Jururawat boleh ditamatkan penempatan?
Jawapan : Selepas 6 bulan dalam program ini, jika prestasi yang ditunjukkan oleh peserta SL1M Jururawat ini tidak memberangsangkan, pihak hospital boleh menamatkan penempatan peserta tersebut.
     
Soalan 13 : Adakan peserta SL1M Jururawat boleh menamatkan latihan sekiranya mendapat tawaran kerja di tempat lain?
Jawapan : Peserta boleh menamatkan latihan sekiranya mendapat tawaran kerja di tempat lain dengan mengemukakan surat perletakan jawatan dan disertakan surat tawaran kerja yang baru.
     
Soalan 14 : Apakah struktur latihan yang ditetapkan kepada setiap syarikat yang menyertai program SL1M Jururawat?
Jawapan : Graduan akan didedahkan dengan kemahiran insaniah atau ‘soft skill’ menerusi program latihan dalaman (in-house training) dan juga akan mengikuti kursus-kursus yang ditetapkan sepanjang tempoh penempatan.
     
Soalan 15 : Apakah modul latihan yang disediakan sepanjang tempoh latihan?
Jawapan : Terdapat 8 komponen utama yang akan diberi penekanan untuk meningkatkan tahap kecekapan dan daya saing yang tinggi di kalangan peserta bagi melahirkan jururawat yang lebih kompeten dan berkeyakinan. Komponen tersebut merangkumi :-
  • Infection Control Practies
  • National Nursing Audits
  • Nursing Documentation
  • Neonatal Resuscitation
  • Pain Score
  • Management of Emergency Trolley
  • Nursing Management of Non Communicable Disease
  • Acute Nursing Procedure
     
Soalan 16 : Apakah modul latihan tambahan lain yang boleh disediakan oleh syarikat?
Jawapan : Modul latihan tambahan yang boleh disediakan oleh syarikat kepada peserta program adalah seperti di bawah:
  • Communication Skills
  • Corporate Culture
  • Basic Life Support
  • Mentoring Program
     
Soalan 17 : Melalui program latihan soft skills training dan on-job-training yang disediakan, apakah kebaikan dan manfaat yang diperolehi oleh peserta program?
Jawapan : Tujuan utama pelaksanaan program adalah untuk memberi pendedahan dan pengalaman bekerja kepada peserta seterusnya dapat meningkatkan keyakinan diri dan peluang untuk ditawarkan pekerjaan.
     
Soalan 18 : Siapakah yang perlu melaksanakan kursus dan modul latihan tersebut?
Jawapan : Kursus dan modul latihan akan dijalankan oleh pihak hospital dan juga boleh dilaksanakan oleh pihak konsultan atau training provider.
     
Soalan 19 : Penyertaan syarikat adalah terbuka kepada semua (Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta yang Berlesen atau Berdaftar) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang meliputi:
Jawapan :

Penyertaan syarikat adalah terbuka kepada semua (Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta yang Berlesen atau Berdaftar) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang meliputi:

  1. Hospital Swasta
  2. Hospital Psikiatri Swasta
  3. Pusat Jagaan Ambulatori Swasta
  4. Rumah Jagaan Kejururawatan Swasta
  5. Rumah Jagaan Kejururawatan Psikiatri Swasta
  6. Rumah Bersalin Swasta
  7. Bank Darah Swasta
  8. Pusat Hemodialisis Swasta
  9. Hospis Swasta
  10. Pusat Kesihatan Mental Masyarakat Swasta
  11. Mana-mana kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta atau perkhidmatan yang berhubungan dengan kesihatan lain yang ditentukan oleh menteri, dari semasa ke semasa, melalui pemberitahuan dalam warta
  12. Premis jagaan kesihatan swasta yang menggabungkan mana-mana dua atau lebih daripada dua kemudahan atau perkhidmatan dalam perenggan (1) Hingga (11)
  13. Klinik Perubatan Swasta
     
Soalan 20 : Berapakah bilangan pengambilan peserta program untuk setiap syarikat yang terlibat?
Jawapan : Pengambilan peserta program adalah tertakluk kepada kemampuan setiap syarikat tersebut.
     
Soalan 21 : Apakah kelebihan yang akan diperolehi oleh Syarikat yang menyertai Program SL1M Jururawat
Jawapan : Faedah yang diterima oleh syarikat adalah insentif Potongan Cukai Berganda atau Double Tax Deduction. Selain itu , ia mengurangkan kebergantungan syarikat berhubung pengambilan jururawat dari luar negara.
     
Soalan 22 : Berapa lama tempoh permohonan kelulusan Potongan Cukai Berganda diberikan kepada pihak syarikat?
Jawapan : Tempoh permohonan bagi kelulusan Potongan Cukai Berganda diberikan kepada pihak syarikat bermula dari 1 Jan 2013 sehingga 31 Disember 2017.
     
Soalan_23 : Berapa lama tempoh dan jangka masa pelaksanaan insentif kepada pihak syarikat selepas mendapat kelulusan dari pihak KKM?
Jawapan : Tempoh dan jangka masa yang diberikan kepada pihak syarikat untuk Potongan Cukai Berganda adalah selama 5 tahun berkuatkuasa dari tarikh kelulusan.

  •