A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA KHAS YB MENTERI KESIHATAN KE KLIA DAN KLIA 2

3 Januari 2023 - YB Menteri Kesihatan Dr. Zaliha Mustafa mengadakan lawatan kerja khas ke KLIA dan KLIA 2. Lawatan ini adalah bertujuan untuk meninjau kesiapsiagaan penerimaan ketibaan pengembara dari seluruh dunia susulan daripada perkembangan jangkitan COVID-19 di peringkat antarabangsa.

Sebagai langkah kesiapsiagaan menghadapai peningkatan kes COVID-19 yang dilaporkan di beberapa negara termasuk negara China pada masa ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan saringan demam kepada semua pengembara yang tiba dari luar negara di Pintu Masuk Antarabangsa. Mereka yang dikesan mengalami demam atau bergejala atau rujukan kendiri akan dirujuk kepada pihak kesihatan untuk pemeriksaan semula.

Di samping itu, Malaysia telah mula menjalankan survelan persekitaran COVID-19 menggunakan air kumbahan sejak Jun 2022. Ia bertujuan sebagai surveilan sokongan (Supplementary Surveillance) bagi COVID-19 sejajar dengan Fasa Peralihan ke Endemik.

Proses surveilan air kumbahan dari pesawat melibatkan persampelan dan pengujian sistematik bagi air sisa yang tidak dirawat dan enap cemar pembetung. Serpihan RNA virus SARS-CoV-2 yang terdapat dalam najis individu yang dijangkiti virus tanpa mengira status kesihatan (gejala, asimtomatik, pra-gejala, sembuh)  boleh dikesan dalam air kumbahan.

Proses persampelan air kumbahan ini dijalankan oleh Pejabat Kesihatan (PK) KLIA dengan kerjasama pihak lapangan terbang KLIA sebelum air kumbahan ini dilepaskan ke lavatory truck ke aircraft waste disposal facilities (AWDF). Sampel-sampel ini kemudiannya dihantar ke MKAK bagi proses pengujian.

Penilaian risiko ini dijalankan secara berterusan oleh KKM bagi mengenalpasti negara-negara yang berisiko sebagai survelan sokongan (Supplementary Surveillance) bagi COVID-19.

Penilaian risiko tersebut dijalankan beserta semakan semula langkah-langkah pencegahan dan kawalan berdasarkan maklumat dan situasi semasa.

Hadir sama, YB Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan, YBhg. Datuk Dr Norhayati Rusli, Timbalan Ketua Pengarah (Kesihatan Awam), YBhg. Dato’ Indera Dr. Sha’ari Bin Ngadiman, Pengarah JKN Selangor, YBrs. Dr Harishah Binti Talib, Pegawai Kesihatan KLIA Pakar Perubatan Kesihatan Awam, PK KLIA dan YBhg. Dato' Iskandar Mizal Mahmood, Pengarah Urusan Malaysia Airport Holding Berhad.

 

image image image image
image image

Kemaskini pada 2023-01-05 16:38:09 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page