A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

KUNJUNGAN HORMAT TYT DR. RABINDRA ABEYASINGHE,WAKIL PERTUBUHAN KESIHATAN SEDUNIA (WHO) KE MALAYSIA KE ATAS YB MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

9 Januari 2023 - YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah menerima kunjungan hormat daripada YBrs. Dr. Rabi Abeyasinghe, wakil Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang juga Ketua Pejabat Negara WHO ke Malaysia, Brunei Darussalam dan Singapura bertempat di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sesi kunjungan berkenaan bertujuan membincangkan pelbagai isu kesihatan di Malaysia. YB Menteri Kesihatan menekankan bahawa KKM komited untuk menangani isu beban kekurangan zat makanan, mengurangkan penyakit tidak berjangkit yang berkaitan dengan diet (NCD), memperkukuhkan keselamatan makanan dan pemakanan melalui dasar seperti Dasar Pemakanan Nasional Malaysia (NNPM) 2.0.

KKM juga memberi perhatian serius terhadap isu kesihatan global dan pada masa yang sama turut memperjuangkan isu-isu seperti larangan merokok di kalangan generasi muda melalui program Generasi Penamat atau Generational End Game (GEG) dan pengurusan penyakit tidak berjangkit (NCD) melalui pelbagai program berasaskan komuniti.

Selain itu, KKM turut memfokuskan usaha pembangunan Kertas Putih Kesihatan (HWP), yang akan menjadi sebuah dokumen dasar kerajaan yang menggariskan cabaran terbesar sistem kesihatan Malaysia serta cadangan penyelesaian kepada cabaran tersebut. Ianya bertujuan bagi memperkukuhkan kualiti dan kemampanan sistem kesihatan.

Turut hadir, Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan, YBrs. Dr. Rozita Halina Tun Hussein, Pengarah Perancangan Bahagian dan pegawai-pegawai kanan KKM.

image image image image
image image

Kemaskini pada 2023-01-11 18:54:29 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page