A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK HOSPITAL PENDANG

12 Januari 2023 - YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya bersama-sama YB Dr. Zaliha Binti Mustafa, Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Projek Hospital Pendang. Hadir bersama menyaksikan majlis penyerahan projek adalah Duli Yang Amat Mulia, Tunku Shazuddin Ariff Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tunku Mahkota Kedah.

Objektif utama pembinaan Projek Hospital Pendang adalah untuk memberi perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada masyarakat setempat serta kawasan sekitarnya. Projek yang dilaksanakan secara Reka dan Bina ini memuatkan sebanyak 126 katil pesakit dan empat (4) dewan bedah sekaligus menjadikan Hospital Pendang dikategorikan sebagai hospital pakar minor.

Projek Pembinaan Hospital Pendang, Kedah telah diluluskan dengan kos keseluruhan sebanyak RM255.27 juta melibatkan kos pembinaan dan perolehan peralatan perubatan serta bukan perubatan. Kontrak pembinaan adalah meliputi komponen-komponen utama berikut:

i. Bahagian Pentadbiran
ii. Perkhidmatan Pesakit Dalam
iii. Perkhidmatan Pesakit Luar
iv. Pengimejan Diagnostik & Perkhidmatan Perubatan
v. Jabatan Sokongan Perubatan
vi. Jabatan Sokongan Bukan Perubatan
vii. Kemudahan Latihan,Penyelidikan & Pendidikan
viii. Fasiliti Balai Pelawat dan Kafeteria
ix.   Blok Mekanikal & Elektrikal,Teknologi Informasi dan komunikasi.

Projek ini menggunakan kaedah Sistem Binaan Berindustri (Industrialised Building System) dan menggabungkan Pemodelan Maklumat Bangunan (Building Information Modelling).

Kaedah ini adalah bertepatan dengan usaha Kementerian untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti pembinaan, menyeragamkan reka bentuk, mempercepatkan tempoh pembinaan serta mengurangkan kebergantungan kepada tenaga pekerja asing.

Selaras dengan konsep hospital kluster, Hospital Pendang akan menjadi hospital sokongan kepada hospital-hospital pakar major yang lain iaitu Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar dan Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani. Hospital Pendang ini juga akan menjadi pusat rujukan kepada klinik kesihatan dan klinik desa di sekitar kawasan Daerah Pendang seperti Klinik Kesihatan Pendang, Klinik Kesihatan Sungai Tiang dan Klinik Kesihatan Kubur Panjang menerima pertambahan bilangan pesakit harian yang tinggi setiap tahun.

Hospital ini akan mula beroperasi pada 15 Februari 2023 sebagai Hospital Pakar Minor dengan 10 bidang kepakaran seperti berikut:

1. Kecemasan
2. Perubatan Am
3. Pembedahan Am
4. Obstetrik dan Ginekologi
5. Pediatrik
6. Orthopedik
7. Anestesiologi
8. Radiologi
9. Patalogi
10. Psikiatri

Hospital ini akan dilengkapi dengan satu unit mesin CT Scan bagi membolehkan proses diagnostik dan rawatan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan tanpa memerlukan pesakit dirujuk ke hospital-hospital pakar major untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut.

Pembinaan Hospital Pendang ini membuktikan komitmen dan kesungguhan kerajaan dalam menyediakan kemudahan yang memberikan manfaat demi keselesaan dan kesejahteraan rakyat.

Dalam majlis ini juga YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan dan YB Dato' Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya telah menyaksikan Majlis Tandatangan Dokumen Serahan Projek antara YBhg Datuk Harjeet Singh, Ketua Setiausaha KKM dan Tuan Ir. Mohd Fisal Ismail, Pengarah JKR Kedah.

Majlis telah diteruskan dengan Simbolik Penyerahan Replikasi Kunci antara YB. Dato' Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya kepada YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan.

Turut hadir YBhg. Dato' Wira Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Malaysia, YBhg Tan Sri Dato' Seri Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan KKM dan YBhg. Dato' Ir. Ahmad Redza Ghulam Rasool, Ketua Pengarah Kerja Raya Kementerian Kerja Raya Malaysia.

image image image image
image image

Kemaskini pada 2023-01-13 16:40:59 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page