AMANAT TAHUN BARU 2013
OLEH YB DATO’ SRI LIOW TIONG LAI
MENTERI KESIHATAN MALAYSIA
DI PERHIMPUNAN PAGI PADA 8 JANUARI 2013
YB Datuk Rosnah Shirlin binti Haji Abdul Rashid Shirlin
Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia
YBhg. Datuk Kamarul Zaman bin Md. Isa
Ketua Setiausaha, Kementerian Kesihatan Malaysia
YBhg. Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan)
Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha
Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan
Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian
YBhg. Datuk-Datuk, To’ Puan, Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian.
Selamat Pagi, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia!
| 1. | Saya merasa amat bertuah serta bersyukur kerana dapat hadir bersama-sama anda di majlis yang amat bermakna pada pagi yang meriah ini, iaitu perjumpaan pertama kita di KKM pada tahun 2013. Justeru, saya ingin mengucapkan “Selamat Tahun Baru” kepada semua warga KKM. Sama-sama kita berdoa semoga di tahun baru ini, kita akan mencapai lebih banyak lagi kejayaan-kejayaan berkat berkerja sebagai satu pasukan KKM yang profesional, penyayang, efektif serta efisien. Saya juga ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada setiap warga KKM di atas komitmen padu serta sumbangan yang telah diberikan, tidak kira samada ianya kecil atau besar, bagi memastikan semua program dan aktiviti dilaksanakan dengan sempurna dan jayanya serta mencapai objektif yang diidamkan. |
| 2. | Memang menjadi misi Kerajaan Malaysia untuk memakmurkan negara serta mensejahterakan rakyat dengan cara memastikan pertumbuhan ekonomi mapan, berbelanja dengan berhemah dan meningkatkan taraf hidup rakyat di seluruh negara. Di samping itu, Kerajaan hanya akan menjanjikan apa-apa yang mampu ia kotakan kerana setiap yang dijanjikan mestilah ditepati. We only make promises that we can keep...not empty promises, memang menjadi pegangan Kerajaan. Ini adalah kerana setiap janji itu adalah komitmen kita semua di KKM untuk bertindak. Bak kata pepatah, A promise is a debt, which must be paid. |
Tuan-tuan dan puan-puan,
| 3. | ETP dan NKEA merupakan strategi Kerajaan untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi negara walaupun ekonomi dunia jatuh merudum. Tahun 2012 memang mencabar untuk seluruh dunia, terutamanya di negara-negara maju seperti Eurozone, yang telah menyaksikan penguncupan ekonomi atau “negative growth” yang ketara. Syukurlah, ekonomi kita masih dapat berkembang dengan baik iaitu 5%. ini adalah bukti kukuh yang anda sekalian perlu menghayati, bahawa negara kita ditadbir dan diterajui dengan cekap oleh YAB Perdana Menteri. |
| 4. | Sepanjang tahun lalu, sebanyak 10 projek baru di bawah NKEA Penjagaan Kesihatan telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri. Ianya merangkumi EPP Peralatan Perubatan, Farmaseutikal dan Peluang Perniagaan - Kesejahteraan Warga Tua. Kesemua projek tersebut melibatkan pelaburan sebanyak RM540.6 juta dan dijangka akan menjana GNI sebanyak RM971.9 juta dan mewujudkan 5,495 peluang pekerjaan baru menjelang 2020. Saya berharap pelaksanaan dan pemantauan projek-projek yang telah diumumkan ini akan diberi perhatian khas oleh semua yang terlibat bagi memastikan ianya berjalan dengan lancar. |
| 5. | Pada tahun ini, sebanyak RM19.277 bilion telah diperuntukkan untuk bajet KKM dan ini merupakan peningkatan sebanyak 14.3% berbanding tahun 2012. Jumlah ini merupakan 7.6% daripada anggaran perbelanjaan Persekutuan bagi tahun 2013 yang berjumlah sebanyak RM251.67 bilion. RM17.353 bilion adalah untuk Belanja Mengurus dan RM1.924 bilion untuk Belanja Pembangunan. Seperti biasa, saya ingin menasihatkan supaya semua program dan projek dirancang dan dilaksanakan dengan rasa penuh tanggung jawab kepada rakyat. Kita juga perlu mendapatkan value for money untuk perbelanjaan tersebut. |
| 6. | Untuk mencapai Visi satu sistem kesihatan yang berkualiti tinggi, yang dapat memenuhi kehendak status kita sebagai negara maju menjelang tahun 2020, Kerajaan Malaysia akan terus menumpukan perhatian kepada “strengthening the present health care system” dengan memperkukuhkan infrastruktur kesihatan yang sedia ada. Di bawah Rancangan Malaysia Ke-10, Kementerian Kesihatan telah diluluskan peruntukan pembangunan untuk 321 projek membangunkan fasiliti kesihatan baru, menaik taraf fasiliti sedia ada dan projek bukan fizikal untuk mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan. Kos keseluruhan projek adalah sebanyak RM8.79 bilion. Setakat 28 November 2012, sebanyak 145 daripada jumlah 321 projek ini telah siap dilaksanakan. Manakala prestasi perbelanjaan untuk Rolling Plan 1 dan 2 (2011 – 2012) adalah pada tahap 84.4%. Pada tahun ini, saya berharap pemantauan dan pelaksanaan projek dapat dipertingkatkan lagi menjelang Mid-Term Review RMK-10. |
| 7. | Sehingga kini, saya amat berbangga kerana kita di KKM telah berusaha dengan gigih untuk membantu rakyat dengan menyediakan rawatan perubatan yang berkualiti, murah serta mudah diakses walaupun selepas waktu kerja, atau dalam ertikata lain, perkhidmatan yang mendahulukan rakyat serta mesra pelanggan. “We are a Ministry of service for the rakyat”. Dalam usaha menyokong Gagasan 1Malaysia yang mengutamakan rakyat serta pencapaian yang boleh memanfaatkan rakyat, konsep Klinik 1Malaysia, Klinik Bergerak 1Malaysia dan Klinik Pergigian Bergerak 1Malaysia telah diperkenalkan dan telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Sehingga 4 Januari 2013, sebanyak 168 buah Klinik 1Malaysia telah pun beroperasi di seluruh negara (tidak termasuk 3 K1M di UTC) dengan kedatangan kumulatif sebanyak 6 juta sejak tahun 2010. Bagi Klinik Bergerak 1Malaysia pula, ianya telah berjaya melawat 97 stesen yang meliputi 205 buah kampung dengan jumlah 37,155 kedatangan pesakit luar. Bagi memenuhi keperluan dan permintaan rakyat, sebanyak 70 buah Klinik 1Malaysia bakal beroperasi di seluruh negara dalam tahun 2013. Syabas dan ribuan terima kasih saya ucapkan kepada semua warga KKM di atas sokongan padu yang telah anda berikan kepada usaha murni ini! |
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
| 8. | Hidup di dunia ini penuh dengan berbagai-bagai cabaran yang perlu kita hadapi serta tangani dengan baik supaya apa-apa matlamat yang kita idamkan akan tercapai. Ianya bukan satu perkara yang senang tetapi memerlukan Visi atau pandangan yang jauh serta pelaksanaan strategi yang berkesan. “The road without any obstacles usually leads to nowhere”, bak kata pepatah Inggeris. Strategi yang baik perlu diperkukuhkan dengan sistem pengukuran dan pemantauan pencapaian yang efektif serta tindakan penambah-baikan yang berdasarkan “evidence-based decision-making”. |
| 9. | Kita sedia maklum bahawa seperti negara-negara lain di dunia ini, negara kita menghadapi berbagai-bagai cabaran dari aspek kesihatan. Antara cabaran-cabaran yang kita akan hadapi pada tahun 2013 ini adalah :
a. Penyakit-penyakit Tidak Berjangkit, b. Penyakit Berjangkit, c. Peningkatan di dalam ekspektasi rakyat, d. Peningkatan di dalam permintaan rakyat terhadap perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan oleh Kerajaan. e. peningkatan kos ubat-ubatan dan “medical consummables”
Kesemuanya perlu diberikan tumpuan oleh kita di KKM, sebagai satu pasukan yang mantap, untuk meningkatkan produktiviti kita serta memastikan bahawa rakyat akan mendapat perkhidmatan yang berkualiti tinggi serta “outcome” yang baik. |
Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekalian,
| 10. | Kita perlu mengambil berat terhadap beban penyakit tidak berjangkit atau NCD, yang sungguhpun boleh dicegah tetapi semakin meningkat di Malaysia. Apakah yang patut kita tambah-baik lagi pada tahun 2013 ini untuk menangani masalah yang amat serius ini? Oleh kerana negara kini mempunyai prevalen faktor risiko NCD yang tertinggi di rantau ASEAN, apa yang saya bimbangkan adalah rakyat yang menghidap penyakit NCD adalah rakyat yang tidak sihat dan oleh itu, akan menjadi kurang produktif. Ini bukan sahaja akan membebankan negara malah akan memberikan kesan negatif terhadap pertumbuhan ekonomi negara. Tambahan pula, kos rawatan penyakit-penyakit tersebut serta impaknya kepada keluarga masing-masing adalah tinggi. |
| 11. | Sehubungan itu, melalui Pelan Strategik Kebangsaan bagi Penyakit Tidak Berjangkit, kita telah mengatur pelbagai langkah awal bagi menangani penyakit NCD dengan lebih berkesan. Mulai tahun 2011, program yang menjadi agenda utama adalah pelaksanaan program intervensi faktor risiko NCD mengikut tiga setting utama iaitu komuniti, tempat kerja dan sekolah. Sehingga penghujung tahun 2012, terdapat sebanyak 220 buah projek yang didaftarkan di seluruh Malaysia. |
| 12.. | Bagi tahun 2013, tumpuan akan diberikan kepada penyediaan persekitaran hidup yang sihat di tempat kerja melalui inisiatif Healthy Workplace for a Healthy Workforce. Inisiatif ini akan memberikan penekanan terhadap peningkatkan amalan pemakanan sihat serta tahap aktiviti fizikal, bermula di kalangan warga KKM sebagai “contoh yang terbaik” dan seterusnya dipanjangkan kepada semua penjawat awam. Amalan pemakanan sihat serta meningkatkan aktiviti fizikal adalah faktor-faktor penting untuk mencegah NCD seperti penyakit kardiovaskular, kanser, diabetes serta penyakit respiratori yang kronik. Antara usaha-usaha awal yang telah dijalankan termasuklah pelaksanaan garis panduan “Hidangan Sihat Semasa Mesyuarat”, “Vending Machine Makanan dan Minuman Sihat”, dan yang terkini, “Kafeteria Sihat”. Bagi meningkatkan tahap aktiviti fizikal di tempat kerja, saya berharap pelaksanaan kempen “Jom Naik Tangga” dapat dilaksanakan dengan lebih meluas. Juga, program promosi kesihatan seperti “10,000 Langkah Merdeka” yang dilaksanakan pada tahun lalu wajarlah diteruskan bersama-sama aktiviti kesedaran yang lain seperti kempen tidak merokok. Kita juga akan bekerjasama dengan Perbadanan Putrajaya untuk melaksanakan usaha 10,000 Langkah ini secara berkala di Putrajaya, untuk menjadi contoh atau tauladan yang baik kepada rakyat. |
| 13. | Pada tahun 2012 juga, KKM telah melakukan pendekatan baru iaitu “turun padang” untuk menyampaikan mesej-mesej “makan secara sihat” kepada rakyat di musim perayaan. Mesej-mesej ini juga telah dibukukan dan boleh dicapai melalui laman sesawang KKM. KKM juga telah bekerjasama dengan pihak industri dalam usaha membendung masalah obesiti, yang merupakan faktor penyebab yang penting bagi NCD di Malaysia. Saya gembira kerana antara komitmen dan inisiatif pihak industri adalah untuk mengurangkan kandungan sodium dalam produk makanan serta meningkatkan penghasilan dan promosi produk-produk yang lebih sihat. |
| 14. | Dalam pada itu, Institut Penyelidikan Sistem Kesihatan (IPSK) juga telah diamanahkan untuk menerajui satu projek antarabangsa - Next Generation Health Initiative: An Intervention To Reduce Obesity, Cardiovascular Disease And Diabetes Transmission Across Generations. Ianya merupakan projek yang pertama di peringkat antarabangsa dan akan mengambil masa selama 3 tahun. Projek ini bertujuan untuk menilai keberkesanan usaha mengurangkan pendedahan kepada faktor-faktor risiko NCD, dan dilaksanakan dengan kerjasama Steno Diabetes Centre Denmark, University of Southampton UK dan Wits University, South Africa. |
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
| 15. | Penyakit Tibi terus menjadi beban utama penyakit berjangkit di negara ini dan merupakan faktor kematian tertinggi bagi penyakit berjangkit. Apa yang membimbangkan ialah peningkatan jumlah kes yang dilaporkan setiap tahun. Oleh itu, Pelan Strategik Kebangsaan bagi Mengawal Penyakit TB 2011-2015 menumpukan kepada pengukuhan pengurusan pesakit TB, pengesanan kes (case detection) dan pencegahan penularan penyakit TB di kalangan masyarakat. Untuk makluman, indikator insiden penyakit TB merupakan salah satu daripada indikator kesihatan yang digunakan oleh World Economic Forum (WEF) dalam penarafan daya saing sesebuah negara melalui Global Competitiveness Report, yang dikeluarkan setiap tahun. Kadar pengesanan dan penyembuhan kes TB atau TB detection and cure rate adalah KPI saya untuk tahun ini dengan sasarannya aiitu 85%. Saya berharap semua warga KKM akan berusaha untuk memastikan sasaran tersebut akan dapat dicapai menjelang hujung tahun ini. |
| 16. | Saya memandang berat isu denggi di negara ini. Bilangan kes Demam Denggi yang dilaporkan untuk tahun 2012 telah menunjukkan penambahan berbanding tahun 2011. Jumlah kes terkumpul yang dilaporkan sehingga 15 Disember 2012 adalah sebanyak 20,923 kes berbanding 19,105 kes bagi tahun 2011, iaitu peningkatan kes sebanyak 10%. Kementerian Kesihatan telah mensasarkan penurunan sebanyak 10% berbanding tahun sebelumnya. Sehubungan itu, saya berharap semua warga KKM di peringkat negeri dan daerah akan memberikan komitmen sepenuhnya bagi memastikan program kawalan dan pencegahan denggi dilaksanakan dengan lebih cekap dan berkesan. Sama-samalah kita memerangi denggi dan ingatlah bahawa orang yang dijangkiti demam denggi mungkin keluarga atau kenalan rapat anda sendiri. |
| 17.. | Selain itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah mensasarkan agar semua negara di Rantau Asia Pasifik mencapai status penghapusan demam campak (measles) menjelang akhir 2012. Pada tahun 2011 dan 2012, jumlah kes measles di Malaysia adalah kedua tertinggi di rantau ini selepas negeri China. Penyakit measles ini boleh dicegah melalui suntikan pelalian atau “vaccination” dan setiap tahun, Kerajaan membelanjakan sejumlah RM14 juta untuk pelalian measles bagi kanak-kanak berumur 12 bulan dan 7 tahun. Liputan pelalian yang rendah di sesuatu kawasan telah menyebabkan penularan virus measles berlaku dengan mudah terutama mereka yang belum menerima pelalian tersebut. Justeru, saya menyeru agar kita mempertingkatkan lagi usaha kita untuk membanteras measles. |
Tuan-tuan dan puan-puan,
| 18. | Permintaan terhadap perkhidmatan kesihatan terus meningkat disebabkan oleh pertambahan penduduk serta penyediaan perkhidmatan kesihatan yang lebih berkualiti oleh KKM. Kementerian Kesihatan telah mendapat pertambahan perjawatan sebanyak 7,290 jawatan pelbagai skim perkhidmatan dan gred melalui Anggaran Belanjawan Mengurus (ABM) tahun 2012. Selain itu, agensi pusat juga telah meluluskan sebanyak 1,681 jawatan Jururawat tambahan untuk melantik Jururawat lulusan kolej swasta berkhidmat dengan KKM. Mereka telah dilantik dan ditempatkan di semua fasiliti kesihatan KKM di seluruh negara. |
| 19. | Dalam pada itu, Kerajaan telah meluluskan Bayaran Insentif Pos Basik (BIPB) atas kadar RM100 setiap bulan kepada semua anggota Paramedik daripada KKM yang memiliki sijil pos basik dalam 1 daripada 26 bidang penjagaan kritikal dan pengkhususan kritikal sejak tahun 2007. Sebagai penghargaan kepada anggota Paramedik, Kerajaan telah memanjangkan pembayaran BIPB kepada anggota Paramedik bagi 11 bidang baru, menjadikan jumlah bidang pos basik yang layak dibayar BIPB sebanyak 37 bidang. Pelaksanaan ini bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai anggota Paramedik memiliki kelayakan dalam bidang pengkhususan merangkumi kawalan infeksi, kaunseling HIV/AIDS, pengurusan diabetes, endoskopi gastrointestinal, penjagaan kesihatan premier, rehabilitasi, forensik, mikrobiologi, pergigian pediatrik, perubatan sukan dan pengimejan payudara. |
Hadirin yang dikasihi sekalian,
| 20. | Bagi mereka-mereka yang tidak berpeluang untuk mendengar perutusan Tahun Baru 2013 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, izinkan saya untuk memetik daripada perutusan tersebut beberapa kata-kata beliau:
“Untuk meneruskan usaha bagi memastikan wawasan nasional Malaysia sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi akan tercapai, kita perlu membina di atas asas yang telahpun diletakkan melalui lembayung Dasar Transformasi Nasional. Bagi tahun 2013, kita perlu meneruskan agenda nasional bagi mengukuhkan perpaduan Kebangsaan yang merupakan teras kelangsungan negara dengan berpandukan Falsafah 1Malaysia “Rakyat DiDahulukan, Pencapaian DiUtamakan”. Kedua, meneruskan usaha untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat dengan sistem jaringan keselamatan sosial di mana setiap rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan akan memperolehnya, di mana bantuan kebajikan dan subsidi adalah disasarkan kepada yang benar-benar memerlukan dan diperkukuhkan lagi dengan jaringan kebajikan institusi keluarga, korporat dan keagamaan. Ketiga, meningkatkan kemakmuran negara dengan memastikan pertumbuhan ekonomi yang mapan, kesihatan fiskal dan merangsang sistem pergerakan sosial yang bertunjangkan harapan, di mana pencapaian seseorang individu hanya dihadkan oleh daya imaginasi, daya keusahawanan dan sejauh mana kesanggupan individu berkenaan untuk bekerja keras, di mana kreativiti, inovasi dan kesanggupan mengambil risiko akan mendatangkan laba yang lumayan. Keempat, untuk memastikan Malaysia akan menjadi….tempat terbaik untuk berkeluarga dan membesarkan anak-anak, sebuah negara yang mempunyai masyarakat penyayang, sistem keluarga yang kukuh, kejiranan dan jalan yang selamat dari jenayah, alam sekitar yang lestari, sekolah dan institusi pendidikan yang berkualiti serta sistem perkhidmatan kesihatan yang terbaik dan berkemampuan. |
| 21. | Pendekatan Strategi Lautan Biru atau Blue Ocean Strategy (BOS) telah menjadi agenda penting dalam menjayakan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) negara. Saya amat menghargai usaha yang telah dilaksanakan dengan jayanya oleh Kementerian Kesihatan di bawah program National Blue Ocean Strategy (NBOS). Kementerian komited dalam memberikan kerjasama bagi menjayakan aktiviti transformasi penduduk luar bandar di bawah program Rural Transformation Centre (RTC) dengan menyediakan perkhidmatan kesihatan secara percuma di RTC Kelantan, Perak dan Melaka.
|
| 22.. | YAB Perdana Menteri juga telah menyarankan supaya penjawat awam sentiasa mengamalkan sikap Cepat, Tepat dan Berintegriti (CTI) dalam menjalankan tugas harian. Sikap ini perlu disokong dengan konsep PCI iaitu produktiviti, kreativiti dan inovasi bagi meningkatkan mutu perkhidmatan yang diberikan. Dengan itu, saya ingin menyeru semua anggota kesihatan agar sentiasa mencari idea dan pendekatan baru dalam melaksanakan suatu tugasan. Apa yang lebih penting adalah outcome atau impak yang dihasilkan. |
| 23. | Di kesempatan ini, saya ingin menyeru kepada warga KKM supaya kita semua secara kolektif, terus komited di dalam meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan berdasarkan 3 nilai teras utama Budaya Koprat KKM iaitu Profesional, Penyayang serta Bekerja Berpasukan. Jangan lupa bahawa pesakit bukan sahaja akan menilai kita dari segi kecekapan kerja kita (profesionalisme) tetapi dari aspek “caring” atau penyayang. Cubalah untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat seolah-olah mereka adalah ahli keluarga kita. Dengan mendukung prinsip tersebut di dalam menjalankan amanah yang telah dipertanggungjawabkan serta bersandarkan kepada motto - ‘Kami Sedia Membantu’ dan juga “Delighting Our Customers”, saya yakin dan percaya, outcome yang kita sasarkan akan berjaya dicapai. |
| 24. | Saya ingin menyeru supaya warga KKM sentiasa membudayakan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian dengan harapan ianya akan dicontohi oleh masyarakat di semua lapisan masyarakat. Juga, saya amat-amat berharap agar semua warga Kementerian Kesihatan berusaha untuk meneruskan kecemerlangan pada tahun 2013 ini. Bentuklah dan pupuklah suasana kerja harmoni serta mencari “win-win solutions” dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik. Sesungguhnya keharmonian itu adalah amat penting untuk kejayaan kita.
|
| 25. | Izinkan saya untuk mengakhiri amanat saya ini dengan “continuation of the story of the carpenter” yang telah saya ceritakan kepada anda sekalian pada Amanat Tahun 2012 saya: |
|
“After he built the house, the carpenter, his wife and their two children, a son and a daughter, went to live in it. Life was challenging because there were frequent quarrels about money and other things. The little girl was deeply troubled and saddened by the situation.
She said, sadly, “It is New Year's Eve, but everyone is not happy. Brother insists on buying a new motorcycle. Father, mother and brother are quarrelling about it again." Father said to brother, "Can't you use the old motorcycle ? You only know how to spend money, not make any !" Mother also said to brother, "We don’t have much money, so why don't you just use the old motorcycle?" The first Old man said, "Thank you for your kindness, madam. But we have a golden rule - only one of the four of us can come in. Who do you wish to invite in?" The four old men then introduced themselves one by one. Said Old man No. 2 : "I am Wealth." Said Old man No. 3 : "I am Success." Said Old man No.4 : "I am Well-being." Then, Old man No.1 said with a laugh, "Everyone calls me Harmony." Father said to the four old men, "Let us invite Wealth in. Then we can have a comfortable life !" Brother said, "No, no, choose Success ! I want my family to be proud of me!" Mom said, "Hold on a minute! Well-being is the most important!" Dad exclaimed, "Wealth !" Brother, "Success !" Mom said "Well-being !" The little girl asked her mother, "Mom, what is harmony ? Why don’t you invite Harmony in?" Dad said, "Yes, you’re right ! Why don’t we invite Harmony in? New Year is here, we should be harmonious. Let’s invite Mr. Harmony in, then !" Then, ALL the four old men came in together. The little girl’s father said, "Eh? I thought you said that ONLY ONE of you can come in ? Why did all of you come in, then ?" Old man No.1 replied, "We have another rule. If Harmony enters, Well-being, Success and Wealth will follow." The moral of the story is, once we have established harmony within ourselves, our families, our organization as well as our country, success, wealth and well-being will follow. So, let us build a harmonious environment in order for us to be successful. |
Sekian, terima kasih.







