A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Lawatan Kerja YB Timbalan Menteri Kesihatan Ke Klinik Desa Sapagaya Dan Klinik Kesihatan Lahad Datu, Sabah

6 Februari 2023 - YB Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah mengadakan lawatan kerja ke Klinik Desa Sapagaya dan Klinik Kesihatan Lahad Datu, Sabah.

Klinik Desa Sapagaya telah mula beroperasi pada tahun 1975 dengan anggaran populasi seramai 12,150 orang penduduk. Jarak Klinik Desa ini dengan Bandar Lahad Datu adalah 6km dan 5km dari Hospital Lahad Datu. Klinik tersebut mempunyai seramai 11 petugas kesihatan.  Lawatan ke Klinik Desa tersebut bertujuan untuk meninjau keadaan klinik yang julung kali dilanda banjir teruk pada 25 Januari 2023 yang lalu.

YB Lukanisman kemudiannya mengadakan lawatan kerja ke Klinik Kesihatan Lahad Datu. Klinik Kesihatan Lahad Datu terletak lebih kurang 0.8km dari Pejabat Kesihatan Kawasan Lahad Datu dan 1km dari Hospital Lahad Datu. Asal bangunan Klinik Kesihatan ini merupakan Hospital Lahad Datu yang dibina pada tahun 1987. Klinik Kesihatan Lahad Datu mempunyai seramai 148 orang petugas Kesihatan dan purata pesakit yang menerima rawatan adalah lebih 700 orang sehari.

Turut hadir ialah YBhg Datuk Dr. Rose Nani binti Mudin, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, YBrs Dr. Noormi binti Othman, Pengarah Kanan Kesihatan Pergigian Malaysia, YBrs Dr. Zaiton binti Haji Tahir, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Pergigian dan YBrs. Dr. Lim Jyh Hann, Pegawai Kesihatan Kawasan Lahad Datu.

image image image image
image image

Kemaskini pada 2023-02-07 10:39:18 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page