A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Majlis Perasmian Hospital Tanjong Karang, Selangor

9 Februari 2023 - Merafak sembah dan menjunjung setinggi-tinggi kasih di atas perkenan DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Sultan Selangor dan DYMM Tengku Permaisuri Norashikin, Tengku Permaisuri Selangor atas kesudian berangkat mencemar duli merasmikan Hospital Tanjong Karang, Selangor hari ini.

Pembinaan hospital ini adalah bagi menggantikan bangunan Hospital Tanjong Karang sedia ada yang kini telah berusia 57 tahun, sejak pengeoperasiannya pada tahun 1966. Hospital baharu ini berstatus Hospital Pakar Minor dengan 10 perkhidmatan kepakaran (in-house) yang disediakan secara berfasa. Sebanyak 150 katil telah ditambah menjadikan jumlah keseluruhan katil (di Hospital lama dan Hospital baharu) adalah sebanyak 262 katil.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Negeri Selangor yang telah memberikan sokongan dan dokongan dalam menjayakan pelaksanaan projek Hospital Tanjong Karang. Penghargaan juga kepada semua warga Kesihatan Malaysia di peringkat Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam memastikan Hospital Tanjong Karang dapat memberikan perkhidmatan kesihatan optimum kepada masyarakat setempat khasnya rakyat negeri Selangor. KKM akan terus bekerjasama dengan semua pihak untuk meningkatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan selamat.

Turut hadir bersama ialah YAB Dato' Seri Amirudin bin Shari, Menteri Besar Selangor, YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan, YB Tuan Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan, YB Dato’ Haji Haris bin Kasim Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan dan YBhg. Dato' Indera Dr. Sha'ari bin Ngadiman, Pengarah JKN Selangor.

image image image image
image image

 


Kemaskini pada 2023-02-14 16:38:54 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page