A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Majlis Penyerahan Projek Bangunan Tambahan Hospital Tanah Merah, Kelantan

11 Mac 2023 - YB Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan menyempurnakan Majlis Penyerahan Majlis Penyerahan Projek Bangunan Tambahan Hospital Tanah Merah, Kelantan.

Projek Bangunan Tambahan Hospital Tanah Merah adalah bertujuan bagi menambahbaik dan meningkatkan taraf kemudahan infrastuktur di Hospital Tanah Merah sedia ada sejajar dengan matlamat kerajaan bagi memastikan perkhidmatan fasiliti kesihatan dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan lebih berkesan.

Projek ini merangkumi pertambahan katil sebanyak 124 buah dan beberapa skop utama seperti Intensive Care Unit (ICU), Critical Care Unit (CCU), High Dependency Ward (HDW) dengan Klinik Pakar, Dewan Bedah, Central Sterile Supply Department (CSSD) dan dapur sajian.

Bangunan Tambahan ini bakal menawarkan 12 bidang kepakaran, iaitu Kecemasan, Perubatan Am, Pediatrik, Psikiatri, Pembedahanan Am, Obstetrik dan Ginekologi, Ortopedik, Otorinolaringologi, Bedah Mulut, Anestesiologi, Radiologi, Patologi dan Oftalmologi. Pengoperasian Bangunan Tambahan Hospital Tanah Merah ini dijangka akan bermula pada 1 Mei 2023 secara berfasa.

Hadir sama menyaksikan majlis penyerahan projek ini ialah YB Tuan Hilmi bin Abdullah, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, YBhg. Dato’ Zamzuri bin Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) KKM, YBrs. Ir. Hj. Rahmat bin Hj. Abd. Rahman, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) JKR Malaysia, YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan & Sokongan Teknikal) KKM, YBhg. Dato’ Dr. Zaini bin Hussin, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan dan YBrs. Dr. Puteri Nurbaya Mohamed Ismail, Pengarah Hospital Tanah.

image image image image
image image image image
  image image

 

 


Kemaskini pada 2023-03-16 14:57:55 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page