A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Majlis Ihya’ Ramadhan Kementerian Kesihatan Malaysia Bersama YB Menteri Kesihatan

12 April 2023 - YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan menghadiri Majlis Ihya' Ramadan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diadakan di Dewan Serbaguna, Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya.

Majlis Ihya' Ramadan yang pertama sejak beliau menjawat jawatan Menteri Kesihatan bersama warga kerja Kementerian Kesihatan Malaysia. Bersempena majlis ini, turut diraikan 114 orang tetamu istimewa yang terdiri daripada warga ibu pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia yang terdiri daripada ibu/ bapa tunggal, Pegawai Kurang Upaya (OKU) serta saudara baru (mualaf) dan juga 14 orang kanak-kanak.

Ibadah puasa sering dikaitkan dengan aspek kesihatan. Ibadah puasa memberi kesan yang baik kepada kesihatan sebagaimana pesan Rasulullah SAW “Dan berpuasalah, maka kamu akan sihat”. (Hadis Riwayat al-Thabarani). Kajian mendapati berpuasa boleh meningkatkan kawalan gula dalam darah, sensitiviti insulin dan tahap kepekaan insulin.

Di samping itu, berpuasa juga dapat membantu untuk mengurangkan berat badan dan berpuasa juga mampu untuk meningkatkan kapasiti tahap kardiovaskular yang akan merendahkan potensi risiko diabetes. Justeru itu, YB Dr Zaliha Mustafa dalam ucapannya mengingatkan agar terus mengamalkan pengambilan makanan seimbang.

Turut hadir YB Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan, YBhg. Dato' Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan), YBhg. Dato' Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), YBhg. Datuk Dr. Norhayati Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) dan YBhg. Datuk Dr Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikkan Dan Sokongan Teknikal).

image image image image
image image image image
  image image

 

 

 


Kemaskini pada 2023-04-19 15:05:16 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page