A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Lawatan YB Menteri Kesihatan Ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim Kulai, Johor

20 April 2023- YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah mengadakan satu lawatan ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim Kulai, Johor hari ini sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.

Sesi lawatan ini bertujuan untuk menyantuni pesakit – pesakit terutamanya di Wad Obstetrik dan Ginekologi (O&G), Wad Pediatrik dan Jabatan Kecemasan (ED).

Sesi ini turut disempurnakan dengan pemberian sumbangan sempena Aidilfitri kepada pesakit – pesakit di hospital berkenaan. Sumbangan ini diharap dapat memberikan semangat dan manfaat kepada penerima dalam meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Di samping itu, sesi lawatan ini juga adalah untuk menyantuni dan menghargai usaha dan pengorbanan petugas-petugas kesihatan dalam menjalankan tugas mereka dengan penuh  dedikasi.

Sebelum itu, YB Menteri Kesihatan telah diberikan taklimat ringkas berhubung kemudahan fasiliti kesihatan di hospital tersebut.

Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai telah dirasmikan pada 26 April 1997 oleh Sultan Iskandar Ibni Sultan Ismail mempunyai seramai 441 orang kakitangan dengan kapasiti sekitar 100 buah katil.

Turut hadir YB Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital  merangkap Ahli Parlimen Kulai, YB Chiong Sen Sern, ADUN Bukit Batu, YB Wong Bor Yang, ADUN Senai, YBrs. Dr Mohamad Faiz bin Maarof, Timbalan Pengarah Kesihatan (Perubatan) Jabatan Kesihatan Negeri Johor dan YBrs. Dr. Noorraudah binti Abd Rahman, Pengarah Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai.

image image image image
image image image image

Kemaskini pada 2023-04-28 16:53:11 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page