A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Kunjungan Hormat Daripada TYT Hilary Reilly, Duta Besar Ireland Ke Malaysia

9 Mei 2023 - YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan Malaysia telah menerima kunjungan hormat daripada TYT Hilary Reilly, Duta Besar Ireland ke Malaysia.

Perkara utama yang dibincangkan adalah potensi kerjasama dalam bidang kesihatan antara kedua-dua negara seperti bidang penyelidikan dan pembangunan termasuk pembangunan vaksin dan pelancongan perubatan (medical tourism).

Selain itu, perkara lain yang dibincangkan ialah program kepakaran (parallel pathway) The Malaysia Ireland Training for Family Medicine (MInTFM) . Program ini disesuaikan untuk doktor perubatan yang berhasrat untuk meneruskan pengajian dalam bidang Perubatan Keluarga.Tempoh program ini adalah selama empat (4) tahun yang dibahagikan kepada dua peringkat iaitu dua (2) tahun penempatan hospital di hospital latihan terlibat dan diikuti dengan dua (2) tahun penempatan penjagaan primer di klinik kesihatan terpilih.

Sesi kunjungan hormat berkenaan turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg. Dato’ Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan), YBrs. Dr Mohd Safiee bin Ismail, Pengarah Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, En. Farizal bin Jaafar, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC) serta pegawai-pegawai kanan kementerian.

image image image
image image image

 


Kemaskini pada 2023-05-15 01:12:47 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page