A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Lawatan Kerja YB Timbalan Menteri Kesihatan Ke Klinik Kesihatan Kota Jembal Dan Klinik Pergigian Kota Jembal

13 Mei 2023 - YB Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah melawat Klinik Kesihatan Kota Jembal dan turut meninjau pengoperasian Klinik Pergigian Kota Jembal.

Kunjungan YB Timbalan Menteri ini disambut oleh YBrs. Dr. Asmani binti Abd. Razak, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Pergigian) dan telah diberikan taklimat ringkas berkenaan pengoperasian Klinik Pergigian ini.

Fasiliti Klinik Kesihatan Kota Jembal telah dibina pada tahun 1984 sebagai Pusat Kesihatan Kecil dan telah dinaik taraf sebagai Pusat Kesihatan pada tahun 1990 dan kini dikenali sebagai Klinik Kesihatan Kota Jembal. Klinik Pergigian Kota Jembal pula merupakan 1 daripada 13 klinik di bawah pentadbiran Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Kota Bharu dan ditempatkan di dalam kawasan Klinik Kesihatan Kota Jembal.

Klinik Kesihatan Kota Jembal dan Klinik Pergigian Kota Jembal telah diperuntukan bajet khas di bawah senarai Klinik Daif Tahun 2023 bagi tujuan penambahbaikan fasiliti dan perkhidmatan yang akan memberi manfaat kepada sekurang-kurangnya 200 sehingga 300 pesakit sehari berdasarkan data kedatangan pesakit ke klinik kesihatan ini.

Turut hadir adalah YBhg. Dato' Dr Zaini bin Hussin, Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan.

image image image
image image

Kemaskini pada 2023-05-30 14:32:18 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page