A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Majlis Pelancaran Dapatan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan Dan Morbiditi 2022

18 Mei 2023 - YB Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Dapatan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2022 atau National Health & Morbidity Survey (NHMS) 2022 di Dewan Serbaguna, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Institut Kesihatan Umum (IKU), telah menjalankan dua (2) Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) pada tahun 2022 iaitu Kesihatan Remaja dan Kesihatan Ibu dan Anak. Tinjauan yang dilaksanakan di seluruh Malaysia ini bertujuan untuk mendapatkan status kesihatan dan morbiditi golongan remaja, ibu dan kanak-kanak di Malaysia.

Tinjauan Kesihatan remaja telah dilaksanakan dari Jun hingga Julai 2022 dengan kerjasama bersama Kementerian Pendidikan Malaysia, di mana 239 buah sekolah menengah di seluruh Malaysia telah terpilih secara rawak dengan hampir 34,000 remaja terlibat dalam tinjauan ini, bagi mewakili golongan remaja di Malaysia.

Manakala tinjauan bagi Kesihatan Ibu dan Anak dari Ogos hingga Oktober 2022. Tinjauan ini melibatkan 13,832 rumah yang terpilih secara rawak di seluruh Malaysia dengan seramai 25,414 responden terlibat merangkumi ibu dengan anak di bawah 2 tahun, kanak-kanak di bawah umur 5 tahun, dan wanita umur reproduktif 15 hingga 49 tahun.

KKM akan terus berusaha meningkatkan status kesihatan rakyat Malaysia melalui pengukuhan pelbagai strategi sediada serta merancang pelbagai inisiatif baru berdasarkan keperluan.

KKM sentiasa mengamalkan evidence-based policy making, di mana setiap polisi yang dirancang dan dilaksanakan adalah berdasarkan bukti yang diperolehi dari tinjauan kesihatan dan bukti saintifik yang lain.

Turut hadir bersama ialah YBhg. Datuk Dr. Norhayati Binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), YBhg. Datuk Dr. Nor Fariza binti Ngah, Ketua Jabatan Oftalmologi & Ketua Unit Clinical Research Centre, Hospital Shah Alam, menanggung tugas Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan & Sokongan Teknikal), YBhg. Dr. Zulkarnain Bin Abd Karim, Pengurus Institut Kesihatan Negara (NIH) dan YBhg. Dr. Noor Ani Binti Ahmad, Pengarah Institut Kesihatan Umum (IKU).

image image image image
image image image image

Kemaskini pada 2023-05-30 18:30:10 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page