MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Seranta Awam Atas Talian Bagi Draf Peraturan-Peraturan Makanan (Pindaan) 2013

 

SERANTA AWAM ATAS TALIAN BAGI DRAF PERATURAN-PERATURAN MAKANAN (PINDAAN) 2013

 

YBhg. Tan Sri/Puan Sri/Datuk/Dato’/Datin/tuan dan puan,

 

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

 

Saya dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bercadang untuk membuat pindaan ke atas Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

 

Di Malaysia, kawalan ke atas keselamatan dan kualiti makanan di sepanjang rantaian makanan terletak di bawah bidang kuasa KKM. Di bawah Akta Makanan 1983, KKM khususnya Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) bertanggungjawab untuk melindungi orang ramai daripada bahayanya daripada segi kesihatan dan penipuan dalam penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan dan mengenai perkara-perkara yang bersampingan atau berkaitan dengannya.

 

Draf Peraturan-Peraturan Makanan (Pindaan) 2013 adalah termasuk pindaan mengenai standard makanan, keperluan pelabelan makanan, aditif makanan dan pencemaran makanan.

 

Selaras dengan komitmen kerajaan untuk memastikan pindaan ini dibuat secara telus dan mengambil kira maklumbalas pihak berkepentingan yang berkaitan, adalah menjadi tanggungjawab BKKM, KKM untuk mengadakan seranta awam atas talian ini.

 

Sehubungan itu, sukacita BKKM, KKM menjemput semua pihak berkepentingan yang berkaitan dan mana-mana pihak yang berminat untuk mengambil bahagian dalam proses seranta awam ini dan mengemukakan pandangan serta maklumbalas menggunakan Lampiran IV yang dilampirkan.

 

Terima kasih.

PENGARAH KANAN KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN 
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

 

 

Semua maklum balas hendaklah dikemukakan ke alamat di bawah melalui surat bertulis secara rasmi / faks / emel sebelum 17 Jun 2013.

 

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan 
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 3, Blok E7, Parcel E 
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 
62590 Putrajaya, MALAYSIA 
Tel       : +603-8885 0797 
Faks   : +603-8885 0790 
E-mel : perundanganBKKM@moh.gov.my 

 

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Pn. Maria Afiza Omar (+603- 8885 0797 ext.4049 atau maria.afiza@moh.gov.my)

 


  •