22 Oktober 2023- Istiadat Konvokesyen Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) 2023 Zon Semenanjung pada Hari ke-2, Sidang 4 disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) pada sesi petang. YBhg. Dato’ Zainal Alhakab Seman telah menyerahkan sijil kepada 804 graduan daripada pelbagai bidang.
Istiadat Konvokesyen tahun ini melibatkan 19 Institut Latihan KKM (ILKKM) dan graduan yang menerima skroll pada hari ini terdiri dari 42 program pengajian iaitu 2 program Sijil, 10 program Diploma, 1 program Diploma (Peralihan), 14 program Sijil Pos Basik dan 15 program Diploma Lanjutan.
Bagi Anugerah Pencapaian Cemerlang Graduan, 117 pelatih dipilih untuk kategori cemerlang akademik dan 15 pelatih dipilih untuk kategori cemerlang kokurikulum. Daripada jumlah ini, seramai 62 pelatih adalah penerima kategori cemerlang akademik dan 6 pelatih penerima kategori cemerlang kokurikulum bagi Zon Semenanjung.
Turut hadir YBrs. Puan Noor Aini binti Ahmad, Setiausaha Bahagian Pengurusan Latihan, YBrs dan Puan Nadiyah binti Ismail, Timbalan Setiausaha (Institut Latihan) Bahagian Pengurusan Latihan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2023-10-25 12:07:05 daripada UKK Norhanita