MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

PERASMIAN HARI KETERLIHATAN PENYELIDIKAN DENGGI 2024 DI INSTITUT KESIHATAN MALAYSIA (NIH).

4 Mac 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri telah menyempurnakan perasmian Hari Keterlihatan Penyelidikan Denggi 2024 di Institut Kesihatan Malaysia (NIH).

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dengan kerjasama Drugs for Neglected Diseases initiative (DNDi) dan Clinical Research Malaysia (CRM) telah menganjurkan program ini dengan usaha untuk menggesa negara-negara dan organisasi untuk saling bekerjasama dalam menangani wabak denggi di peringkat global.

Program ini dimulakan dengan tiga (3) pembentangan berkaitan penyakit denggi seperti berikut:

1. Global Dengue Overview and Malaysia’s Leadership in Combating Dengue oleh Dr. Hasitha Tissera;

2. Introduction to Dengue Alliance and Dengue Research in Ministry of Health Malaysia oleh YBhg. Datuk Dr. Nor Fariza Ngah, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan Dan Sokongan Teknikal); dan

3. Endemic Country Leadership in Medical R&D and the Role of DNDi oleh Tuan Jean-Michel Piedagnel, Pengarah SEA, DNDi.

Usaha KKM, DNDi dan negara-negara endemik denggi terangkum di dalam kolaborasi global yang dikenali sebagai Dengue Alliance yang telah dilancarkan pada tahun 2022 terdiri daripada negara-negara endemik seperti Malaysia, Thailand, India dan Brazil.

Di Malaysia, CRM dan DNDi bekerjasama dengan Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dalam usaha untuk memajukan penyiasatan pra-klinikal bagi rawatan yang berpotensi, menguji keberkesanan calon ubat ‘repurpose drug’ dan melaksanakan ujian klinikal atas ubat yang paling berpotensi.

Turut hadir YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, YBhg. Datuk Norhayati binti Rusli (Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), YBhg. Datuk Dr. Nor Fariza binti Ngah, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan Dan Sokongan Teknikal), YBrs. Dr. Akhmal Yusof, Ketua Eksekutif Clinical Research Malaysia (CRM), YBrs. Dr. Laurent Fraisse, Pengarah Penyelidikan & Pembangunan Drugs for Neglected Diseases initiative (DNDi), PYT Lada Phumas, Duta Besar Thailand ke Malaysia, TYT Ary Norton De Murat Quintella, Duta Besar Brazil Ke Malaysia dan YBrs. Dr. Murizal Zainol, Pengurus Institut Kesihatan Malaysia (NIH).

image image image image
image image image image

Kemaskini pada 2024-03-05 10:30:11 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page