9 Mac 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Majlis Perasmian Wellness Hub Terengganu di Kuala Nerus, Terengganu.Wellness Hub ini merupakan salah satu inisiatif di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) yang bertujuan menjadikan Rakyat Malaysia Sihat Sejahtera melalui pembudayaan hidup sihat dan kelestarian persekitaran melalui pendekatan 'whole of nation'.Sehingga kini, sejumlah 33 Wellness Hub telah diwujudkan di seluruh negara dalam menyediakan kemudahan dan perkhidmatan kesejahteraan kesihatan kepada komuniti setempat.
Wellness Hub Terengganu ini menyediakan tiga belas (13) pakej perkhidmatan kesejahteraan kesihatan antaranya Saringan Faktor Risiko Kesihatan, Pengurusan Berat Badan (IfitEr), Perkhidmatan Berhenti Merokok, Runding Cara Hidup Sihat dan kemudahan Wellness Studio.
YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dalam ucapan beliau berharap agar agensi kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO), pemimpin-pemimpin komuniti dan persatuan turut berganding bahu dalam memperkukuhkan perkhidmatan kesejahteraan kesihatan secara holistik kepada masyarakat.
Turut hadir YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg. Dato’ Sri Norazman bin Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan), YBhg. Datuk Dr. Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), YBhg. Dato’ Indera Dr. Nor Azimi binti Yunus, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), YDH DCP Datuk Mazli bin Mazlan, Ketua Polis Terengganu dan YBhg. Dato’ Dr. Hjh Kasemani binti Embong, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2024-03-12 10:32:15 daripada UKK Norhanita





















