MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Bahagian Kewangan

   Setiausaha Bahagian 
   Bahagian Kewangan 
   Kementerian Kesihatan Malaysia
   Aras 6 & 7, Blok E7, Kompleks E
   Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
   62590 Wilayah Persekutuan Putrajaya.
   Malaysia
   Tel : 03- 8883 3269 / 3099 / 3032 / 3362
   URL : http://www.moh.gov.my

 

Pengurusan Kewangan Kementerian Kesihatan (KKM) dikendalikan oleh Bahagian Kewangan. Fungsi Bahagian ini ialah menguruskan belanjawan dan hasil KKM serta penetapan dasar dan pematuhan peraturan-peraturan kewangan. Bahagian ini ditubuhkan sebagai sebahagian daripada Aktiviti Kewangan

Visi Bahagian ini adalah menjadi organisasi pengurusan kewangan terbaik dalam jentera kerajaan. Misi Bahagian Kewangan adalah mencapai status pengurusan kewangan yang terbaik dengan cara merancang semua aktiviti di bawah pengurusan kewangan dengan teratur dan cekap, menggunakan sumber kewangan dengan optimum, mengawal pengurusan belanjawan dan kutipan hasil.

Bahagian Kewangan mempunyai tiga Cawangan iaitu Cawangan Dasar Kewangan & Pentadbiran, Cawangan Pengurusan Hasil dan Cawangan Pengurusan Belanjawan. Cawangan Dasar Kewangan bertanggungjawab terhadap dasar-dasar kewangan Kementerian berkaitan dengan peraturan-peraturan kewangan, kemudahan-kemudahan kewangan kepada kakitangan Kementerian, dan bantuan-bantuan kewangan. Manakala cawangan Pengurusan Hasil bertanggungjawab terhadap pengurusan dan kutipan hasil serta sistem pengurusan hasil KKM. Cawangan Belanjawan pula bertanggungjawab terhadap sistem belanjawan dan pengurusan belanjawan program-program KKM.

VISI

  • Menjadi organisasi pengurusan kewangan terbaik dalam jentera Kerajaan.

 

MISI

  • Merancang semua aktiviti di bawah pengurusan kewangan dengan teratur dan efisyen.
  • Menggunakan sumber manusia dan lain-lain sumber secara berkesan untuk melaksanakan pengurusan kewangan yang berkesan.
  • Membuat kawalan dan pemantauan prestasi perbelanjaan dan kutipan hasil.
  • Menguatkuasakan semua peraturan kewangan.

 

OBJEKTIF

  • Untuk mencapai pengurusan kewangan yang cekap dan berkesan dari segi ketepatan masa, pematuhan piawaian kualiti dan penggunaan sumber secara optimum selaras dengan peraturan-peraturan kewangan yang berkuatkuasa.

PIAGAM PELANGGAN

 

  • Prestasi Perbelanjaan Mengurus Tahunan

Memastikan prestasi perbelanjaan mengurus tahunan KKM sekurang-kurangnya 98%.

 

  • Waran Peruntukan

Mengeluarkan waran peruntukan Belanja Mengurus PTJ 1 dalam tempoh 5 hari selepas Waran Am Perbendaharaan diterima.

 

  • Tunggakan Hasil Bil Hospital KKM

Pengurangan jumlah Tunggakan Hasil bagi Caj Rawatan Perubatan di hospital-hospital kerajaan sebanyak 2% setahun berbanding tahun sebelumnya

 

  • Tabung Bantuan Perubatan

Memproses dan memberi keputusan kepada sekurang-kurangnya 85% bagi permohonan TBP yang merupakan ˜Precedent Cases" dalam tempoh 14 hari daripada tarikh permohonan lengkap diterima.

 

  • Permohonan Kemudahan / Elaun

Memproses dan menimbang sekurang-kurangnya 95% daripada permohonan kelulusan kemudahan/elaun, dalam tempoh 7 hari daripada tarikh permohonan lengkap diterima.

MS ISO 37001:2016 : Anti-Briebery Management System (ABMS)

Polisi-Polisi Antirasuah

POLISI ANTIRASUAH

POLISI KELAKUAN TAK WAJAR

KOD ETIKA DAN KELAKUAN

PANDUAN MENGURUS DAN MELAPORKAN TINDAKAN TATATERTIB KKM

POLISI PERCANGGAHAN KEPENTINGAN

POLISI PLSS

 

MS ISO 9001:2015 : Quality Management System (QMS)

DASAR KUALITI PROGRAM PENGURUSAN

SISTEM PENGURUSAN KUALITI

OBJEKTIF KUALITI BAHAGIAN KEWANGAN


  •